Skip Ribbon Commands
Skip to main content
16th JOINT DEFENCE COMMISSION MEETING BETWEEN BRUNEI DARUSSALAM AND THE UNITED KINGDOM


​LONDON, UNITED KINGDOM, Friday, 20 January 2023 – The Ministry of Defence of Brunei Darussalam and the Ministry of Defence of the United Kingdom held their 16th Joint Defence Committee (JDC) meeting today at the Ministry of Defence Main Building in London.


The meeting was co-chaired by Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance and Administration) of the Ministry of Defence in Brunei Darussalam, and Mr. Jonathan Knight, Head of Indo-Asia Pacific at the Ministry of Defence in the United Kingdom. Defence and Military Officials from both countries were also in attendance.


During the meeting, both sides reaffirmed the strong and longstanding defence relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom and expressed their satisfaction on the active defence and military interactions that have taken place in recent years, despite the challenges posed by the COVID-19 pandemic. 


The JDC meeting also discussed ways to enhance bilateral defence cooperation and exchanged views on areas of mutual interest. The convening of the JDC demonstrates both countries' strong commitment to their overall defence relations and contributions to regional and global peace and security.


The defence relations between Brunei Darussalam and the United Kingdom are strengthened by various defence agreements and encompass a wide range of interactions, including exchange of visits, joint military exercises, trainings, courses and meetings. 


The JDC between the two countries was established in December 2002, and the last meeting was held in Brunei Darussalam on September 27, 2018.




MESYUARAT BERSAMA SURUHANJAYA PERTAHANAN KALI KE-16 DI ANTARA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DAN UNITED KINGDOM 


LONDON, UNITED KINGDOM, Jumaat, 20 Januari 2023 – Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pertahanan United Kingdom telah mengadakan Mesyuarat Bersama Suruhanjaya Pertahanan (MBSP) yang ke-16 di Bangunan Utama, Kementerian Pertahanan, London, United Kingdom pada pagi tadi. 


Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam dan Mr Jonathan Knight, Ketua Indo-Asia Pasifik, Kementerian Pertahanan, United Kingdom. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pertahanan dan Angkatan Tentera dari kedua-dua buah negara. 


Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua belah pihak telah mengesahkan hubungan pertahanan yang erat dan lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom. Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga menzahirkan rasa sukacita terhadap interaksi pertahanan dan ketenteraan yang masih aktif sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun dengan wujudnya beberapa cabaran-cabaran yang timbul akibat daripada penularan wabak COVID-19. 


MBSP tersebut membincangkan kerjasama pertahanan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom bagi meningkatkan lagi hubungan dua hala di samping bertukar-tukar pandangan mengenai aspek-aspek yang berkepentingan bersama kedua-dua buah negara. MBSP tersebut mencerminkan komitmen yang teguh daripada kedua-dua belah pihak terhadap keseluruhan hubungan pertahanan dan kepentingannya kepada keamanan dan keselamatan di rantau dan di sudut antarabangsa. 


Hubungan pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom telah diperkukuhkan lagi dengan  beberapa perjanjian pertahanan, di samping mengadakan pelbagai interaksi yang merangkumi pertukaran lawatan, latihan ketenteraan bersama, kursus dan mesyuarat. 


Mesyuarat Bersama Suruhanjaya Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom telah pertama kali diadakan pada bulan Disember 2002. Kali terakhir mesyuarat MJBP diadakan adalah pada 27 September 2018 di Negara Brunei Darussalam. ​


Attachments