Skip Ribbon Commands
Skip to main content
NATIONAL FLAG HOISTING CEREMONY TO MARK BRUNEI DARUSSALAM 42ND NATIONAL DAY



BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 14 February 2026 – A grand national flag-hoisting ceremony to mark Brunei Darussalam's  42nd National Day celebration was held with great patriotic spirit in Bandar Seri Begawan. 

The hoisting of the grand national flag was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports.

The ceremony was carried out by 20 personnel from the Royal Brunei Navy (RBN) led by Yang Mulia Lieutenant Awangku Ahmad Fai'zun Dzakiyy bin Pengiran Haji Aliuddin, RBN, in the vicinity of the Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex.

The theme for this year's 42nd  National Day Celebration of Brunei Darussalam is “Bersatu Mencapai Cita Negara," in line with the aspiration of Wawasan Brunei 2035.

The participation of the RBN in this ceremony reflects its continued commitment to upholding and honouring the emblem of national sovereignty and unity, while preserving the tradition of involvement by the Royal Brunei Armed Forces in this historic celebration.





UPACARA MENAIKKAN BENDERA BESAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-42


 BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Februari 2026 – Upacara menaikkan bendera besar sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 telah berlangsung dengan penuh semangat patriotik di Bandar Seri Begawan.

Kenaikan bendera besar tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Upacara berkenaan telah dilaksanakan oleh 20 orang anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang diketuai oleh Yang Mulia Leftenan Awangku Ahmad Fai'zun Dzakiyy bin Pengiran Haji Aliuddin, TLDB bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 bagi tahun ini ialah "Bersatu Mencapai Cita Negara", sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Penyertaan TLDB dalam upacara ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara serta menghormati lambang kedaulatan dan perpaduan negara, disamping mengekalkan tradisi penglibatan Angkatan Bersenta Diraja Brunei dalam sambutan bersejarah ini.


Attachments