Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE 16TH NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL MEETING


JAKARTA, Tuesday, 14 March 2023 – The 16th Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual Meeting was held at the Borobudur Hotel, Jakarta, Indonesia, from 13 to 16 March 2023. 
 
The meeting was chaired by First Marshall Hendro Arief H., S.Sos, M.Han Deputy Chief of the Center for Strategic Studies, Research and Development, Tentara Nasional Indonesia (CSSRD-TNI), Indonesia. Representing Brunei Darussalam at the meeting was Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) together with other NADI members from Kingdom of Cambodia, Republic of Indonesia, The Lao People’s Democratic Republic (PDR), Malaysia, Republic of the Union of Myanmar, Republic of Philippines, Republic of Singapore, Kingdom of Thailand, and the Socialist Republic of Viet Nam.
 
With the theme of "Strengthening Defence and Security for ASEAN as "Epicentrum of Growth"”, NADI members shared perspectives on the regional security challenges and exchanged views on the role of ASEAN Member States (AMS) in enhancing regional defence and security for ASEAN as the "Epicentrum of Growth" through ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) cooperation. During Session II, SHHBIDSS presented a paper titled "Addressing Defence and Security Challenges in Supporting ASEAN as "Epicentrum of Growth"” delivered by Mohammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Research Officer from SHHBIDSS.
 
NADI was inaugurated in 2007 and remains the only Track 2 network among ASEAN Defence and Security Institutions to discuss defence, strategic, and security issues. The rotation for the NADI chairmanship follows the ASEAN chairmanship. This year, CSSRD-TNI chairs the NADI meeting in Indonesia’s capacity as ASEAN’s chair for 2023. 






MESYUARAT RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) KE-16

JAKARTA, Selasa, 14 Mac 2023 – Mesyuarat Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) ke-16 telah diadakan di Hotel Borobudur, Jakarta, Indonesia, bermula dari 13 hingga 16 Mac 2023. 

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Marsekal Pertama (Marsma) Hendro Arief H., S.Sos, M.Han, Timbalan Ketua Pusat Pengkajian Strategis Penelitian dan Pengembangan, Tentara Nasional Indonesia (Pusjianstralitbang-TNI), Indonesia. Hadir mewakili Negara Brunei Darussalam ialah Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) bersama perwakilan delegasi NADI yang lainnya dari Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Republik Demokratik Rakyat Lao (PDR), Malaysia, Republik Persatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialist Viet Nam.

Dengan tema “Mengukuhkan Pertahanan dan Keselamatan ASEAN selaku "Epicentrum of Growth"”, ahli-ahli NADI berkongsi perspektif mengenai cabaran keselamatan serantau dan bertukar pandangan mengenai peranan negara-negara ASEAN dalam mempertingkatkan kerjasama pertahanan dan sekuriti terutama melalui Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). Pada sesi kedua, IPPSSHHB telah menyampaikan sebuah kertas kerja bertajuk “Menangani Cabaran-Cabaran Pertahanan dan Keselamatan bagi Menyokong ASEAN selaku "Epicentrum of Growth"” yang telah disampaikan oleh Mohammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Pegawai Penyelidik daripada IPPSSHHB.

NADI telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan merupakan satu-satunya rangkaian Trek 2 bagi Institusi Pertahanan dan Keselamatan antara ASEAN untuk membincangkan isu-isu pertahanan, strategik, dan keselamatan. Negara yang mempengerusi ASEAN secara automatik akan menjadi hos bagi Mesyuarat Tahunan NADI. Pada tahun ini, Pusjianstralitbang-TNI mempengerusikan mesyuarat ini atas kapasiti Indonesia selaku pengerusi ASEAN bagi tahun 2023.



Attachments