Skip Ribbon Commands
Skip to main content
APPOINTMENT CEREMONY FOR THE 22ND INTAKE OF OFFICER CADETS, THE OFFICER CADET SCHOOL


​​TANAH ​​JAMBU, Monday, 27 March 2023 - By the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 59 Probationary Officer Cadets were appointed as Officer Cadets. The appointment ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampong Tanah Jambu.

Present as the guest of honour and to award the insignias was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present in the ceremony were officers and staff of the Ministry of Defence and RBAF, the Defence Adviser of Malaysia and the Republic of Singapore in Brunei Darussalam, as well as the parents of the newly appointed Officer Cadets.

A total of 38 male and 21 female Officer Cadets were selected through the Armed Forces Commissioning Board (AFCB) and reported to the Officer Cadet School on 13 February 2023. They include the two RBAF Scholarship recipients and two international Officer Cadets from Republic of Singapore and Malaysia respectively. Over the past six weeks, the officer cadets underwent basic military training consisting of drills, physical fitness, fieldcraft, weapon handling, battlefield first aid, map reading, leadership and management, and others. The Officer Cadets will now embark on 42 weeks of more rigorous and intensive training to develop them into high-quality officers in leadership, character and academics.

The ceremony concluded with the recital of Doa by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT), signing of parchment and a group photo session with the guest of honour.







MAJLIS PERLANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-22, SEKOLAH PEGAWAI KADET 

TANAH JAMBU, Isnin, 27 Mac 2023 – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 59 orang Pegawai Kadet Percubaan secara rasminya telah dilantik menjadi Pegawai Kadet. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kampung Tanah Jambu. 

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan Majlis Perlantikan ini ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai tentera dan awam serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB, Penasihat Pertahanan Malaysia dan Republik Singapura di Negara Brunei Darussalam serta ibu bapa Pegawai-Pegawai Kadet yang dilantik.

Seramai 38 orang lelaki dan 21 orang wanita Pegawai-Pegawai Kadet telah dipilih melalui Lembaga Penauliahan Angkatan Tentera dan telah melapor di Sekolah Pegawai Kadet pada 13 Februari 2023. Mereka termasuk 02 penerima Biasiswa ABDB dan 02 Pegawai Kadet antarabangsa dari Republik Singapura dan Malaysia. Selama 06 minggu yang lalu, Pegawai-Pegawai Kadet telah menjalani Latihan Ketenteraan Asas yang merangkumi latihan kawad, kecergasan fizikal, fieldcraft, pengendalian senjata, pertolongan cemas, membaca peta, kepimpinan dan pengurusan dan lain-lain. Pegawai-Pegawai Kadet kini akan menjalani latihan yang lebih ketat dan intensif selama 42 minggu untuk mengembangkan mereka agar menjadi pegawai-pegawai yang berkualiti dari segi kepimpinan, kewibawaan dan berpengetahuan.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT), menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.


Attachments