
RIMBA AIR FORCE BASE, ROYAL BRUNEI AIR FORCE, Wednesday, 31 May 2023 - His Majesty Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to attend the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary Celebration Grand Parade, which was held at the Rimba Air Force Base, Royal Brunei Air Force (RBAirF) today.
Accompanying His Majesty to the celebration were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office; His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik; and His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen.
The arrival of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of
Brunei Darussalam at the Rimba Air Force Base was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II; and Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander RBAF.
Upon arrival, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of
Brunei Darussalam was ushered to
the RBAirF Sports Complex, accorded the Royal Salute and consented to inspect the Guard of Honour comprising 931 personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF) along with the bearers of His Majesty’s and the RBAF’s Royal regimental flags, Special Forces Regiment (SFR), Women Military Personnel, combined of RBAF Band and RBLF Pipes and Drums as well as RBAF vehicles and assets, commanded by Lieutenant Colonel (U) Muhammad Walee bin Haji Roslie.
The parade then proceeded with the slow and fast march-past carrying His Majesty’s and the RBAF’s Royal regimental flags, followed by ‘advance in review order’. His Majesty then delivered a Titah
to commemorate the RBAF 62nd Anniversary Celebration. This was followed by three chants of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” from the RBAF Grand Parade, which was presented to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam.
To bless the RBAF’s Anniversary Celebration, a Doa was recited by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT).
His Majesty once again received the Royal Salute, followed by a fly-past of RBAirF Blackhawk and CN-235 aircrafts. Following the fly-past, His Majesty and members of the Royal Family then proceeded to Hangar ‘B’ Military Apron to view the Static Exhibition of Military Capabilities from RBAF using Light Tactical All-Terrain Vehicle (LT-ATV).
His Majesty and members of the Royal Family also consented to witness a live static airborne demonstration performed by 31 personnel from 31st Squadron RBAirF and SFR, led by Captain Ali Saufi bin Haji Ali Safian, Officer Commanding 31st Squadron RBAirF.
His Majesty and members of the Royal Family then viewed an exhibition of static displays presented by the Ministry of Defence’s Directorate of Development and Work Services, as well as the
newly acquired capabilities of the RBLF, RBN and SFR. During the visit, His Majesty officiated the Fleet Tactical Aircraft Squadron, RBN.
Subsequently, His Majesty and members of the Royal Family visited the military aircraft display featuring aircrafts from the RBAirF along with the Indonesian Air Force (TNI-AU), Royal Malaysian Air Force (RMAF), Philippines Air Force (PAF), Royal Australian Air Force (RAAF), Royal Air Force, United Kingdom (RAF), Republic of Singapore Air Force (RSAF) and United States Air Force (USAF). The involvement of friendly countries in jointly enlivening the RBAF Anniversary Celebration this year reflects the strong and close relationship of professionalism and defence diplomacy that exists between the RBAF with regional and international partners, especially in maintaining peace and security in the region.
His Majesty and members of the Royal Family then viewed the Defence Industries Exhibition, which involved companies from international defence industries of the United States, Australia, People’s Republic of China, Republic of Indonesia, Japan, Malaysia, Federal Republic of Germany, Kingdom of Spain, Republic of Singapore and the Kingdom. The Defence Industry Static Exhibition features the latest technology that can assist RBAF in its efforts to develop capabilities and strengthen the nation's defence.
His Majesty was then introduced to officers and personnel who had recently completed their mission in the Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring, and Assistance Team (IDB VMAT) 4/2022
in Republic of Philippines and United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) with the Malaysian Battalion (MALBATT) in Lebanon followed by a photo session.
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam, as well as members of the Royal Family then proceeded to Hangar ‘B’ for the Royal Luncheon.
Upon arrival, His Majesty and members of the Royal Family were invited for a group photo with former Deputy Ministers of Defence and former Commanders of the RBAF, together with officers and other ranks of the RBAF.
His Majesty was then introduced to RBAF personnel who took part in the Coronation Ceremony of His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland; international course participants joining the All Arms Staff and Tactic Course (AASTC) at School of Infantry (SOI), RBLF and those currently enrolled in the Command Staff Course at the Defence Academy RBAF; foreign cadets who are undergoing Officer Cadet Training Intake 22 at the Officer Cadet School (OCS); and Defence Advisors/Attaches of friendly countries to Brunei Darussalam including those accredited and residing abroad.
Finally, His Majesty and members of the Royal Family then proceeded to grace the Cake Cutting Ceremony and were presented with a pesambah by RBAF officers and personnel. This was followed by a recitation of Doa Selamat by Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN, Director of JAMA’AT, to bless the Royal Luncheon.
The theme of this year's RBAF celebration, "Together Accomplishing the National Vision," reflects the involvement and appreciation of RBAF as a thriving and dominant national security organisation, practicing its core values and united in supporting the Malay Islamic Monarchy (MIB) and further succeeding and supporting the country’s vision towards Wawasan Negara 2035, by constantly improving defence capabilities and defence diplomacies to preserve and protect the country's sovereignty.











KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BERKENAN BERANGKAT KE UPACARA PERBARISAN RAKSASA
SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB KE-62
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI, Rabu, 31 Mei 2023 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62 di
Pangkalan Tentera Udara Rimba, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Paduka-Paduka Anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di
Pangkalan Tentera Udara Rimba dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; dan Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.
Sejurus ketibaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung beredar ke Kompleks Sukan TUDB bagi menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa barisan Pasukan-Pasukan Perbarisan Raksasa seramai 931 anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB),
beserta rombongan Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-Panji Pasukan ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK),
Askar Wanita, gabungan Pancaragam ABDB dan Serunai dan Tambur TDDB, serta kenderaan dan kelengkapan ABDB di bawah Pemerintah Perbarisan, Leftenan Kolonel (Udara) Muhammad Walee bin Haji Roslie.
Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh Pasukan-Pasukan Perbarisan
dengan membawa Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-Panji Pasukan ABDB, dan diikuti dengan perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula. Baginda juga berkenan mengurniakan Titah bersempena Sambutan HUT ABDB ke-62 yang diikuti dengan tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' daripada Perbarisan Raksasa ABDB yang disembahkan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Bagi memberkati upacara tersebut, bacaan Doa telah dibacakan oleh Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB, Pengarah
Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT).
Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan lagi
dengan Tabik Hormat Diraja yang diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat Blackhawk dan CN-235 TUDB. Sejurus terbang lalu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli-ahli Kerabat Diraja berangkat ke Military Apron Hangar ‘B’ bagi menyaksikan Pameran Statik Keupayaan Tentera dari Unit-Unit ABDB menggunakan kenderaan Light Tactical All-Terrain Vehicle (LT-ATV).
Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja turut berkenan berangkat menyaksikan demonstrasi penerjunan static airborne daripada gabungan 31 anggota terdiri daripada RPK dan Skuadron 31 TUDB yang diketuai oleh Kapten Ali Saufi bin Haji Ali Safian, Pegawai Memerintah, Skuadron 31 TUDB.
Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya berkenan berangkat menyaksikan pameran-pameran statik Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Kementerian Pertahanan dan keupayaan-keupayaan terbaharu daripada TDDB, TLDB dan RPK. Semasa berangkat ke pameran tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan merasmikan Skuadron Pesawat Taktikal Armada, TLDB.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Pesawat Tentera yang menampilkan pesawat-pesawat dari TUDB bersama-sama Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Philippines Air Force (PAF), Royal Australian Air Force (RAAF), Royal Air Force, United Kingdom (RAF), Republic of Singapore Air Force (RSAF) dan United States Air Force (USAF). Penglibatan dari negara-negara sahabat dalam sama-sama memeriahkan Sambutan HUT ABDB pada tahun ini mencerminkan hubungan profesionalisme dan diplomasi pertahanan yang kukuh lagi erat yang terjalin di antara ABDB dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa khususnya dalam menjaga keamanan dan keselamatan di rantau ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat menyaksikan Pameran Statik Industri Pertahanan yang terdiri daripada syarikat-syarikat industri pertahanan antarabangsa dari Amerika Syarikat, Australia, Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Jepun, Malaysia, Republik Persekutuan Jerman, Kerajaan Sepanyol, Republik Singapura dan Kerajaan Thailand. Pameran Statik Industri Pertahanan menampilkan teknologi terkini yang boleh membantu ABDB dalam usaha memperkembangkan keupayaan dan memantapkan kekuatan pertahanan negara.
Baginda kemudiannya dijunjung untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota yang telah menamatkan Misi Independent Decommissioning Body Verification and Monitoring Assistance Team (IDB VMAT) 4/2022 di Republik Filipina dan Misi Pengaman United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) bagi Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta ahli-ahli Kerabat Diraja kemudiannya dijunjung berangkat ke Hangar ‘B’ bagi Majlis Santap Tengahari.
Sejurus ketibaan, Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung untuk bergambar ramai bersama mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan mantan-mantan Pemerintah ABDB berserta Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat
ABDB, dan diikuti dengan sesi ramah mesra bersama anggota yang terlibat dalam Istiadat Pertabalan His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland; peserta-peserta kursus antarabangsa yang mengikuti All Arms Staff and Tactic Course (AASTC) di Sekolah Infantri TDDB dan Kursus Maktab Turus di Akademi Pertahanan ABDB; pegawai-pegawai kadet luar negara yang sedang menjalani latihan Kursus Pegawai Kadet Pengambilan ke-22 di Sekolah Pegawai Kadet; dan Penasihat-Penasihat/Atase-Atase Pertahanan negara-negara sahabat ke Negara Brunei Darussalam termasuk mereka yang diakreditasi dan menetap di luar negara.
Akhir sekali, Baginda dan ahli-ahli Kerabat Diraja dijunjung bagi Upacara Memotong Kek sempena Sambutan HUT ABDB ke-62, seterusnya menerima pesambah dari gabungan Pegawai-Pegawai dan Lain-Lain Peringkat ABDB. Ini diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pengarah JAMA’AT.
Sambutan HUT ABDB tahun ini membawa tema ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’ yang menzahirkan penglibatan dan penghayatan ABDB sebagai sebuah organisasi keselamatan negara yang berkembang maju dan berwibawa, mengamalkan nilai-nilai terasnya dan bersatu padu dalam mendokong Falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan seterusnya menjayakan dan mendokong gagasan negara ke arah Wawasan Negara 2035, dengan sentiasa mempertingkatkan keupayaan pertahanan dan diplomasi pertahanan bagi memelihara dan menjaga kedaulatan negara.