BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 March 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held a Donation Presentation Ceremony today at Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Bandar Seri Begawan, for 312 children of RBAF personnel with disabilities in conjunction with the holy month of Ramadan 1446
Hijrah.
The ceremony began with recitations of
Sayidul Istighfar,
Surah Al-Fatihah,
Zikir Munajat,
Asmaul Husna,
Selawat Syifa and
Doa Selamat by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). This was followed by the presentation of donations,
iftar session and concluded with the mass
Fardhu Maghrib Prayer at the designated
surau.
The donations were jointly handed over by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF and spouse, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, President of the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI). The event was also attended by members of the RBAF Executive Committee and Senior Officers with their spouses, facilitating the simultaneous distribution of contributions to their respective units.
The ceremony is part of the communal activities conducted annually, reflecting the RBAF’s care and commitment in giving aid to the children with different abilities. The donation was provided in the form of cash from the RBAF Welfare Fund, collection from the RBAF
Suraus, and donation from the RBAF BAKTI.




312 ANAK-ANAK ANGGOTA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI YANG KELAINAN UPAYA MENERIMA SUMBANGAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Mac 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan hari ini, bagi 312 anak-anak anggota ABDB yang berkelainan upaya, sempena bulan suci Ramadhan 1446 Hijrah, bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Sayidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, Zikir Munajat, Asmaul Husna, Selawat Syifa dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), yang diikuti dengan penyampaian sumbangan, sesi berbuka puasa, dan diakhiri dengan Solat Fardhu Maghrib berjemaah di surau yang telah dikhaskan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan bersama oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan isteri, Yang Mulia Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, Yang Di-Pertua Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB. Majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-pegawai Kanan berserta isteri, yang juga menyampaikan pengagihan sumbangan secara serentak kepada unit masing-masing.
Majlis ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun, sebagai tanda pemedulian dan komitmen ABDB dalam menghulurkan bantuan kepada anak-anak yang berkelainan upaya. Sumbangan derma adalah berupa wang tunai daripada Tabung Kebajikan ABDB, kutipan daripada Surau-surau ABDB dan sumbangan daripada BAKTI ABDB.