Skip Ribbon Commands
Skip to main content
APPOINTMENT CEREMONY OF OFFICER CADETS INTAKE 24 OFFICER CADET SCHOOL, DEFENCE ACADEMY ROYAL BRUNEI ARMED FORCES

4 (2).JPGTANAH JAMBU, THURSDAY, 27 MARCH 2025 - With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, 47 Probationary Officer Cadets were appointed as Officer Cadets. The Appointment Ceremony was held at the Ceremonial Hall of the Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF), Kampong Tanah Jambu.


Among the newly appointed Officer Cadets is Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, the grandson of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


The event was graced by the presence of Her Royal Highness Princess Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, accompanied by 

Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj.


Present as the guest of honour and awarding the insignias was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also present were members of the RBAF Executive Committee, Directors, Senior Officers, Defence Advisers, and parents of the newly appointed Officer Cadets.


The Officer Cadet School (OCS) welcomed 44 new Officer Cadets, comprising 33 males and 11 females, following their selection through the Armed Forces Commissioning Board (AFCB). Training commenced on February 10, 2025, and includes three International Officer Cadets from Malaysia, Republic of Singapore, and the Kingdom of Thailand.The cadets have completed six weeks of Basic Military Training and will now embark on an intensive 42-week program focused on developing high-calibre officers with strong leadership qualities.


The ceremony concluded with the recital of Doa by Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT), followed by a group photo session.​



3 (4).JPG








11 (4).jpg


MAJLIS PELANTIKAN PEGAWAI KADET PENGAMBILAN KE-24 SEKOLAH PEGAWAI KADET AKADEMI PERTAHANAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI


TANAH JAMBU, KHAMIS, 27 MAC 2025 – Dengan Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, 47 Pegawai Kadet Percubaan telah dilantik sebagai Pegawai Kadet. Majlis Pelantikan tersebut telah berlangsung di Dewan Istiadat Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.


Antara Pegawai Kadet yang baru dilantik ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, cucunda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.


Berangkat hadir ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, diiring oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj.


Hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan perlantikan tersebut ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, Penasihat-penasihat Pertahanan, serta ibu bapa Pegawai-pegawai Kadet yang baru dilantik.


Sekolah Pegawai Kadet telah mengalu-alukan 44 Pegawai Kadet baru, terdiri daripada 33 lelaki dan 11 perempuan, berikutan pemilihan mereka melalui Lembaga Pentauliahan Angkatan Bersenjata (AFCB).


Latihan telah bermula pada 10 Februari 2025, yang mana termasuk tiga Pegawai Kadet Antarabangsa dari Malaysia, Republik Singapura dan Kerajaan Thailand. Para Pegawai-pegawai Kadet telah menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selama enam minggu dan kini akan memulakan program latihan intensif selama 42 minggu yang akan menumpukan kepada pembentukan Pegawai yang berkaliber tinggi dengan kualiti kepimpinan yang mantap.


Majlis diakhiri dengan bacaan Doa oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), diikuti dengan sesi bergambar  ramai.



Attachments