Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE DONATES TO 180 ORPHANS IN SENTUHAN KASIH RAMADHAN CEREMONY



​​GADONG, Saturday, 22 March 2025 – In enlivening the blessings of the holy month of Ramadhan, the Ministry of Defence today organised the Sentuhan Kasih Ramadhan function to honour 180 orphans of the ministry’s personnel. The event took place simultaneously across three districts, with the main gathering held at the Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel, for recipients from the Brunei-Muara and Temburong Districts.

Present to handover donations was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also in attendance were Directors, senior officers and personnel of the Ministry of Defence.


Meanwhile, in the Tutong and Belait Districts, the donations were presented by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence respectively.


The donations were collected from the RBAF Welfare Fund, the RBAF Wives Welfare Association (BAKTI), contributions from the Ministry of Defence personnel and suraus in the RBAF camps. This effort aims to share joy of Hari Raya Aidil Fitri celebration and ease the burden of orphans in preparing for the celebration.

The annual Sentuhan Kasih Ramadhan function is part of the Ministry of Defence’s commitment on instilling values of compassion and unity among its personnel. In the same spirit, this programme also plays a role in supporting the welfare of the families of departed members while strengthening bonds of togetherness and caring attitude within the institution. 











​​


KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR DERMA KEPADA 180 ANAK YATIM DALAM MAJLIS SENTUHAN KASIH RAMADHAN


GADONG, Sabtu, 22 Mac 2025 – Dalam menyemarakkan keberkatan bulan suci Ramadhan, Kementerian Pertahanan hari ini telah menganjurkan Majlis Sentuhan Kasih Ramadhan bagi menyantuni 180 anak yatim dalam kalangan warga kementerian. Majlis ini diadakan serentak di tiga daerah, dengan tumpuan utama bertempat di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel bagi penerima dari Daerah Brunei-Muara dan Daerah Temburong.


Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, telah hadir bagi menyampaikan sumbangan derma pada majlis ini. Turut hadir bersama adalah para pengarah, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Pertahanan.


Manakala di Daerah Tutong dan Belait, masing-masing telah disampaikan oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan.


Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada Tabung Kebajikan ABDB, Persatuan Kebajikan Isteri (BAKTI) ABDB, sumbangan daripada warga Kementerian Pertahanan dan surau-surau perkhemahan ABDB. Usaha ini bertujuan untuk mengongsikan kegembiraan Hari Raya Aidil Fitri dan meringankan beban anak-anak yatim dalam membuat persiapan menjelang hari keraian ini.


Majlis tahunan Sentuhan Kasih Ramadhan adalah sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan kementerian yang mencerminkan komitmen Kementerian Pertahanan dalam menerapkan nilai keprihatinan dan semangat perpaduan di kalangan warganya. Dalam semangat yang sama, program ini turut berperanan dalam memelihara kebajikan keluarga warga kementerian yang telah kembali ke Rahmatullah, serta memperkukuhkan ikatan kemuafakatan dan kasih sayang dalam kalangan institusi.​


Attachments