Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE SECOND MEETING OF ISLAMIC MILITARY COUNTER TERRORISM COALITION (IMCTC) DEFENSE MINISTERS COUNCIL


RIYADH, 3rd February 2024 - The Second Meeting of ​Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) Defense Ministers Council convened on 3rd February 2024 in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia. The meeting was officiated and chaired by His Royal Highness Prince Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Defense Minister of The Kingdom of Saudi Arabia. 

IMCTC is an initiative established by The Kingdom of Saudi Arabia in 2015. Its first meeting was held in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia, back in November 2017 and aims to discuss and further enhance efforts in combating the threat of terrorism and violent extremism at the international level. The Second Meeting was attended by 42 Member States and 3 observer countries.

Representing Brunei Darussalam and on behalf of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to The Second IMCTC Defense Ministers Council was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister ​of Defence II​. Also present in the meeting were Norhafizah binti Haji Mohd Sofian, Chargés d'affaires, Embassy of Brunei Darussalam in Riyadh and officials from Ministry of Defence of Negara Brunei Darussalam and Embassy of Negara Brunei Darussalam in Riyadh, Saudi Arabia.

The Second IMCTC Defense Ministers Council began with the recitation of verses from the Holy Quran. Among the agendas that were discussed during the meeting were strategies and key achievements of IMCTC, as well as key initiatives set-forth by IMCTC’s Member States on countering terrorism.

On the sidelines Yang Berhormat Minister at the Prime Minister ‘s Office and Minister of Defence II had a bilateral meeting with His Excellency Dr Khaled bin Hussein Al-Biyari, Saudi Assistant Minister of Defense for Executive Affairs. During the bilateral meeting, Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II conveyed His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s gratitude to His Royal Highness Prince Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud for the invitation to attend the meeting and conveyed His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s congratulatory message to His Royal Highness on the successful conduct of the meeting. In addition, both sides also discussed issues pertaining to regional and global terrorism challenges. Finally, both sides also expressed strong commitment towards further strengthening and enhancing bilateral defence and military cooperation between the two brotherly countries. 

The Second IMCTC Defense Ministers Council was convened prior to The Second Edition of World Defense Show, which is scheduled from 4 to 8 February 2024 in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia and hosted by Ministry of Defense, The Kingdom of Saudi Arabia. 


Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah membuat Perjumpaan Dua Hala bersama Tuan Yang Terutama Dr Khaled bin Hussein Al-Biyari, Penolong Menteri Pertahanan Saudi bagi Hal Ehwal Eksekutif



Rombongan Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Kedua Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) Defense Ministers Council kali Kedua telah diadakan pada 03 Februari 2024 di Riyadh, Arab Saudi



Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II semasa menghadiri Mesyuarat Kedua Islamic Military Counter Terrorism Coalition



Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II semasa menghadiri Mesyuarat Kedua Islamic Military Counter Terrorism Coalition.​


MESYUARAT ISLAMIC MILITARY COUNTER TERRORISM COALITION DEFENCE MINISTERS COUNCIL (IMCTC) KALI KEDUA

RIYADH, 3 Februari 2024 - Mesyuarat Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) Defense Ministers Council kali Kedua telah diadakan pada 03 Februari 2024 di Riyadh, Arab Saudi. Mesyuarat ini telah dirasmikan dan dipengerusikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

IMCTC merupakan inisiatif yang ditubuhkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun 2015. Mesyuarat Pertama IMCTC Defense Ministers Council telah diadakan pada November 2017 di Riyadh, Arab Saudi bertujuan untuk membincangkan dan meningkatkan usaha dalam memerangi pengganasan di peringkat antarabangsa. Mesyuarat Kedua ini telah dihadiri oleh 42 buah negara-negara ahli dan 3 buah negara pemerhati.

Mewakili Negara Brunei Darussalam dan selaku wakil kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) ​Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Puan Norhafizah binti Haji Mohd Sofian, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Arab Saudi dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Riyadh, Saudi Arabia. 

Mesyuarat Kedua IMCTC dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan dituruti dengan Sabda Ucapan dari Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud. Antara agenda mesyuarat yang telah dibincangkan termasuk strategi dan pencapaian utama IMCTC serta usaha dan inisiatif-inisiatif negara-negara anggota IMCTC bagi membenteras keganasan.

Secara berasingan, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II telah membuat Perjumpaan Dua Hala bersama Tuan Yang Terutama Dr Khaled bin Hussein Al-Biyari, Penolong Menteri Pertahanan Saudi bagi Hal Ehwal Eksekutif. Semasa Perjumpaan Dua Hala tersebut Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II menyatakan ucapan menjunjung kasih dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas jemputan Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menghadiri mesyuarat tersebut dan seterusnya menyatakan ucapan tahniah Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia di atas kejayaan pengendalian mesyuarat IMCTC. Di samping itu, kedua-dua belah pihak juga berbincang mengenai isu-isu cabaran keganasan di peringkat serantau dan global. Pada akhirnya, kedua belah pihak juga mengesahkan komitmen yang kuat ke arah memperkukuh dan mempertingkatkan lagi kerjasama pertahanan dan ketenteraan diantara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Arab Saudi.

Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan IMCTC kali Kedua ini diadakan sebelum berlangsungnya Pameran World Defense Show Edisi Kedua pada 4 hingga 8 Februari 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan, Kerajaan Arab Saudi.​


Attachments