Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE CONDUCTS CLEANING CAMPAIGN IN BELAIT DISTRICT


BELAIT, Saturday, 27 December 2025 – The Ministry of Defence successfully conducted a Cleaning Campaign today at several designated locations in the Belait District, organised under the concept of promoting shared responsibility and the spirit of gotong-royong or community cooperation, as a symbol of community unity.  The campaign was launched at Taman Jubli Perak in Kuala Belait by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II.

The programme commenced with a group photo session, followed by a recitation of Surah Al-Fatihah and a Tazkirah entitled “Menguatkan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong,” which served as a reminder that the practice of gotong-royong strengthens bonds of brotherhood (ukhuwah) and reflects a Sunnah that contributes to communal well-being and harmony. This was followed by awareness talks on cleanliness and environmental responsibility delivered by representatives from the Department of Environment, Parks and Recreation (JASTRe), the Ministry of Health (MoH), and the Ministry of Primary Resources and Tourism (MPRT), alongside an exhibition on waste management, public health, environmental conservation, and sustainable practices. The programme then continued with a safety briefing and light exercise before the commencement of the cleaning activities.

The cleaning campaign brought together local residents, military personnel, government agencies, community leaders, private sector partners, educational institutions, youth groups and volunteer groups through collaborative cleaning activities across public parks, residential areas, and shared community spaces, involving approximately 1000 participants.

A total of 3470.8 kilograms of waste, comprising general waste, recyclable materials, and bulky items, was collected from the designated cleaning areas. This achievement highlights the positive impact of community-driven environmental initiatives. 

The Cleanliness Campaign not only enhanced the cleanliness and beauty of the Belait District, but also reinforced the shared responsibility of maintaining a clean environment. Through such initiatives, the values of cooperation, mutual responsibility, and respect for the environment continue to be strengthened within the community. These efforts underscore the Ministry of Defence’s steadfast commitment to environmental preservation and its strong support for the initiatives of the Steering Committee on Cleanliness Issues (JIIK), while reaffirming a Whole-of-Nation approach towards sustaining a clean, safe, and sustainable nation. 








Taman Jubli Perak, Kuala Belait


Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait



Dewan Kemasyarakatan Kg Pandan



Masjid Kg Pandan, Kg Pandan



Taman Permainan Lorong Tiga Seria, Lorong Tiga Selatan Seria


Taman Permainan STKRJ Belait, Kg Mumong



Masjid Sg Teraban, Sg Teraban



Taman Rekreasi Hutan Sg Liang, Kg Sg Liang




Masjid Kg Sg Mau, Kg Sg Mau



KEMENTERIAN PERTAHANAN MENJALANKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI DAERAH BELAIT

BELAIT, Sabtu, 27 Disember 2025 - Kementerian Pertahanan hari ini telah berjaya melaksanakan Kempen Kebersihan di beberapa lokasi yang telah di kenal pasti di Daerah Belait, yang dianjurkan berteraskan konsep menekankan tanggungjawab bersama dan semangat gotong-royong sebagai simbol penyatuan komuniti. Kempen tersebut telah disempurnakan pelancarannya di Taman Jubli Perak di Kuala Belait oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. 

Program dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan penyampaian tazkirah bertajuk "Menguatkuasakan Ukhuwah dalam Bergotong-Royong," yang mengingatkan bahawa amalan gotong-royong bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwah, malah merupakan satu sunnah yang menyumbang kepada kesejahteraan dan keharmonian komuniti.  Ini diikuti dengan beberapa ceramah kesedaran mengenai kebersihan dan tanggungjawab alam sekitar yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (MPRT), serta pameran berkaitan pengurusan sisa, kesihatan awam, pemuliharaan alam sekitar dan amalan lestari. Program ini kemudiannya diteruskan dengan taklimat keselamatan dan senaman ringan sebelum aktiviti pembersihan dimulakan.

Kempen kebersihan ini telah menghimpunkan penduduk setempat, anggota tentera, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat, pihak swasta, institusi pendidikan, kumpulan belia dan pertubuhan sukarelawan melalui aktiviti pembersihan secara bersepadu di taman-taman awam, kawasan perumahan dan ruang komuniti, dengan penyertaan lebih kurang 1000 peserta.

Sebanyak 3470.8 kilogram sisa merangkumi daripada sisa am, bahan kitar semula dan barangan pukal telah berjaya dikumpulkan dari kawasan pembersihan yang ditetapkan. Pencapaian ini menzahirkan impak positif inisiatif alam sekitar yang digerakkan oleh komuniti.

Kempen Kebersihan ini bukan sahaja telah meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan Daerah Belait, malah turut memperkukuh tanggungjawab bersama dalam memelihara kebersihan alam sekitar. Melalui inisiatif seumpama ini, nilai-nilai kerjasama, tanggungjawab bersama dan rasa hormat terhadap alam sekitar terus diperkasakan dalam kalangan masyarakat. Usaha ini sekali gus menegaskan komitmen berterusan Kementerian Pertahanan terhadap pemeliharaan alam sekitar serta sokongan padu terhadap inisiatif Jawatankuasa Induk Isu-Isu Kebersihan (JIIK), di samping mengukuhkan pendekatan Whole-of-Nation ke arah mengekalkan sebuah negara yang bersih, selamat dan mampan.​


Attachments