Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTER AT THE PRIME MINISTER’S OFFICE AND MINISTER OF DEFENCE II ATTENDED THE SECOND EDITION OF THE WORLD DEFENSE SHOW 2024

RIYADH, Sunday, 04 February 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at The Prime Minister's Office and Minister of Defence II led a delegation from Brunei Darussalam to the Second Edition of the World Defense Show 2024 (WDS 2024) held from 04 February until 08 February 2024 in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia. 


WDS 2024 was officially opened by His Royal Highness Prince Khalid bin Salman Al Saud, Minister of Defence of the Kingdom of Saudi Arabia with an aerial display performed by the Saudi Hawks, Royal Saudi Air Force Display Team. Prior to the opening ceremony, His Royal Highness consented to receive a joint audience by ministers of defence attending the Defence Show.

The WDS 2024 is a world-class defence and security exhibition organised biennially by Saudi Arabia’s General Authority for Military Industries (GAMI) and held under the patronage of the Custodian of the Two Holy Mosques and The King of Saudi Arabia, His Majesty King Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Themed “Equipped for Tomorrow” this year’s WDS exhibition was attended by over 750 international exhibitors from 45 countries including Australia, Singapore, and the United Kingdom, showcasing future technologies shaping the defence and security industry, as well as featuring the latest global technological developments across five main capability domains, namely land, sea, air, space and security. WDS 2024 also demonstrated static displays and technological advances in cyber security and artificial intelligence (AI).

Yang Berhormat Minister at The Prime Minister’s Office and Minister of Defence II also attended the Future Defence Leadership Forum held concurrently with WDS 2024 featuring keynotes and panel sessions with government, military and industrial leadership highlighting policy, defence industry trends and innovation. The forum emphasised the importance of collaboration between the public, private, commercial and technical sectors at national and international levels in technological development. The forum also provided an insight on how Saudi Arabia emphasises on the importance of research and development through effective human resource management and creative innovation to ensure technological superiority. The Ministry of Defence’s delegation also took the opportunity to visit exhibition booths of the participating companies including local Saudi Arabian Defence Industries.

WDS 2024 held back to back with the second meeting of the Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) Defense Ministers Council on 03 February 2024, also held in Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia.



Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II bersama Menteri-Menteri Pertahanan yang telah di undang menghadiri Pameran sesi junjung ziarah berkumpulan kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Salman Al Saud, Menteri Pertahanan Arab Saudi


Rombongan Negara Brunei Darussalam ke ‘The Second Edition of the World Defence Show 2024’ telah diadakan pada 04 Februari 2024 hingga 08 Februari 2024 di Riyadh, Arab Saudi



      Rombongan Negara Brunei Darussalam ke ‘The Second Edition of the World Defence Show 2024’ telah diadakan pada 04 Februari 2024 hingga 08 Februari 2024 di Riyadh, Arab Saudi


MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II HADIRI PAMERAN THE WORLD DEFENSE SHOW 2024 EDISI KEDUA  

RIYADH, Ahad, 04 Februari 2024 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke pameran pertahanan World Defense Show 2024 (WDS 2024) Edisi Kedua yang berlangsung dari 04 Februari hingga 08 Februari 2024 di Riyadh, Arab Saudi.

WDS 2024 dibuka secara rasmi oleh Duli Yang Teramat Mulia Putera Khalid bin Salman Al Saud, Menteri Pertahanan Arab Saudi diikuti dengan paparan udara Saudi Hawks, Pasukan Paparan Udara Tentera Udara Diraja Saudi. Sebelum merasmikan pameran berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia telah berkenan menerima mengadap secara berkumpulan menteri-menteri pertahanan yang hadir.

WDS 2024 adalah pameran pertahanan dan keselamatan bertaraf dunia yang dianjurkan setiap dua tahun sekali oleh General Authority for Military Industries (GAMI) Arab Saudi dan diadakan di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Negara Arab Saudi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud. Bertemakan "Equipped for Tomorrow”, pameran WDS tahun ini disertai lebih 750 peserta pameran antarabangsa dari 45 buah negara termasuk Australia, Singapura, dan United Kingdom, dan mengetengahkan teknologi masa depan yang membentuk industri pertahanan dan keselamatan, serta menampilkan perkembangan teknologi global terkini dalam lima domain utama, iaitu keupayaan darat, maritim, udara, angkasa dan keselamatan. WDS 2024 juga mempertontonkan pameran statik dan kemajuan teknologi dalam keselamatan siber dan kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI).

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II turut menghadiri forum Future Defence Leadership yang diadakan serentak dengan WDS 2024 yang membentangkan ucapan utama dan sesi panel bersama pihak kerajaan, tentera dan industri yang mengetengahkan dasar, tren industri pertahanan, dan inovasi. Forum tersebut menekankan kepentingan kerjasama di antara sektor awam, swasta, komersial dan teknikal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pembangunan teknologi. Forum ini juga memberikan pandangan mengenai kerajaan Arab Saudi dalam kepentingan penyelidikan dan pembangunan melalui pengurusan sumber manusia yang berkesan dan inovasi kreatif bagi mencapai keunggulan teknologi (technological superiority). Rombongan Kementerian Pertahanan turut mengambil peluang melawat ruang pameran syarikat-syarikat yang turut serta termasuk Industri-Industri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

WDS 2024 berlangsung sejurus selepas mesyuarat Islamic Military Counter Terrorism Coalition (IMCTC) Defense Ministers Council kali kedua, pada 03 Februari 2024 yang juga diadakan di Riyadh, Arab Saudi. 


Attachments