Skip Ribbon Commands
Skip to main content
​MINISTRY OF DEFENCE HELD ISRA’ AND MI’RAJ CELEBRATION FOR 1445 HIJRAH


BOLKIAH GARRISON, Friday, 09 February 2024 – The Ministry of Defence held ceremonies of Isra’ and Mi’raj celebrations for 1445 Hijrah simultaneously throughout all suraus in Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces camps, with the focal event at Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison.


Present at the function was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence, along with the senior leadership as well as staff and personnel of the Ministry of Defence. Also invited to the ceremony were Head of Village Kampung Jaya Setia and Kampung Jaya Bakti cum Head of Village Kampung Burung Pingai Berakas; and Acting Head of Village of Kampung Serusop and Kampung Delima Satu. A representative from the RBAF Military Cadet from the Department of Co-Curricular Education was also present during the event.


The function held following the Fajr prayer included the recitation of Surah Al-Isra’ verse 1 - 7 and a special talk on ‘Sembahyang Tiang Agama’ (Prayer, the Pillar of Religion) delivered by Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awg Yussof, Lecturer from Faculty of Islamic Development Management of the Sultan Sharif Ali Islamic University (UNISSA).  


The essence of the special talk was to commemorate the significant journey of Isra' and Mi'raj of Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam and emphasising the importance of prayer in life, extending beyond spirituality to encompass mental and physical well-being.  This talk also focused on the role of prayer in the hadith from Mu'adz bin Jabal, in which the Prophet Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam said, "the root of all affairs is Islam, its pillar is prayer and its peak is jihad”, narrated by Imam Tarmizi. 




Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison




Surau Al-Fai'zun Berakas Garison



Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei



Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba



Surau Pengiran Ratna Indera, Batalion Kedua Perkhemahan Tutong



Surau Ar-Rahmah, Batalion Ketiga Perkhemahan Lumut



Surau Al-Quwwah, Bangar Kem



Masjid Kampung Pulau Baru-Baru



Surau Asy-Syuhadah', Akademi Pertahanan Tanah Jambu




MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1445H PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN


BOLKIAH GARISON, Juma’at, 09 Februari 2024 – Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi tahun 1445 Hijrah secara serentak di seluruh surau-surau di Kementerian Pertahanan dan perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dengan tumpuan utama diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.


Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir juga Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, serta seluruh peringkat kepimpinan dan warga Kementerian Pertahanan. Turut dijemput bagi sama-sama memeriahkan majlis tersebut adalah Ketua Kampung Jaya Setia dan Kampung Jaya Bakti merangkap Pemangku Ketua Kampung Burung Pingai Berakas; dan Pemangku Ketua Kampung Serusop dan Kampung Delima Satu. Pegawai Penyelaras Kadet Tentera ABDB dari Jabatan Pendidikan Kokurikulum juga turut hadir di majlis tersebut. 


Majlis yang diadakan setelah Sembahyang Fardhu Subuh berjemaah termasuk bacaan Surah Al-Isra’ Ayat 1 - 7 dan ceramah khas bertajuk “Sembahyang Tiang Agama” yang disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awg Yussof, Pensyarah di Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI) Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). 


Intipati ceramah khas tersebut antaralain memperingati peristiwa agung Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mengangkat kepentingan sembahyang dalam kehidupan, bukan sahaja dari segi kerohanian bahkan juga dari aspek mental dan fizikal. Ceramah ini juga menumpukan peranan sembahyang sepertimana hadis daripada Mu’adz bin Jabal bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad”, – diriwayatkan oleh Imam Tarmizi. ​


Attachments