Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE OPENING CEREMONY OF THE 19TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP 19/2024) BY THE MINISTRY OF DEFENCE


BOLKIAH GARISSON, Wednesday, 10 July 2024 – The 19th Executive Development Programme (EDP) for Senior Government Officials on Public Policy and Management, organised by the Ministry of Defence, held its Opening Ceremony at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison today.

The Opening Ceremony is officiated by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary, Ministry of Defence. In his remarks, he underscored the program’s design, which has reflected up to date policy underpinnings and circumstances, giving participants deep insights into the intricacies of public policy in a constantly changing environment. In addition, he also highlighted the cohort’s diverse participation, and together with the teaching faculty from the Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), it will further contribute to a more enriched understanding and good insights on policy considerations.

During the event, the team from LKYSPP was also present. Heading the team was Dr Woo Jun Jie, Senior Research Fellow at LKYSPP, who highlighted the continued close relations between the two institutions in areas of professional development and education.

This year's EDP consists of 29 participants, including 12 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), 02 senior officers from the Royal Brunei Police Force (RBPF), 08 senior officers from various government ministries (Prime Minister's Office; Ministry of Finance and Economy; Ministry of Culture, Youth and Sports; Ministry of Primary Resources and Tourism; and Ministry of Religious Affairs), as well as 07 foreign senior officers from Republic of Indonesia, Malaysia, Sultanate of Oman, Republic of Philippines, Republic of Singapore, Kingdom of Thailand and Socialist Republic of Viet Nam.

Facilitated by SHHBIDSS, the 12-week programme is held from 09 July 2024 to 11 October 2024. Similar to the last iteration, the 19th EDP will be conducted by a faculty of highly experienced academicians and experts from LKYSPP, National University of Singapore. In addition to the classroom-based learnings, the programme will also feature local content components such as presentations and talks from invited speakers and visits to various ministries and agencies, in an effort to provide a more in-depth understanding of Brunei Darussalam's strategic environment, alongside its primary focus on public policy and management.

A total of 447 senior officers have undergone the Ministry of Defence’s EDP since it was first inaugurated in 2004.​





MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI 19/2024 ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

BOLKIAH GARISON, Rabu, 10 Julai 2024 – Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan dalam bidang Dasar Awam dan Pengurusan kali ke-19 anjuran daripada Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Pembukaan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Bolkiah Garison pada hari ini.

Majlis Pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Dalam ucapan pembukaan, beliau menekankan mengenai reka bentuk program yang mendukung dasar terkini yang memberikan para peserta program gambaran mendalam tentang selok-belok dasar awam di persekitaran yang sentiasa mengalami perubahan. Di samping itu, beliau juga menekankan penyertaan yang terdiri dari pelbagai negara dan kementerian, bersama-sama fakulti perguruan dari Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), ianya akan terus menyumbang kepada pemahaman yang lebih diperkaya dan pandangan yang baik terhadap pertimbangan dasar.

Di acara tersebut, turut hadir adalah tim daripada LKYSPP. Mengetuai tim ialah Dr Woo Jun Jie, Senior Research Fellow di LKYSPP, yang mana beliau menyentuh mengenai hubungan erat yang berterusan diantara kedua-dua buah institusi dalam bidang pendidikan dan pembangunan profesional.

EDP pada tahun ini terdiri daripada 29 peserta termasuk 12 pegawai kanan tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 02 pegawai kanan dari Pasukan Polis Diraja Brunei, 08 pegawai kanan dari kementerian-kementerian kerajaan (Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan; dan Kementerian Hal Ehwal Ugama) serta 07 pegawai kanan dari luar negara (Republik Indonesia, Malaysia, Kesultanan Oman, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam).

Diselenggarakan oleh IPPSSHHB, program selama 12 minggu ini berlangsung dari 09 Julai 2024 hingga 11 Oktober 2024. Sama seperti tahun lalu, EDP ke-19 akan dikendalikan oleh ahli fakulti yang terdiri dari para akademik dan pakar-pakar berpengalaman dari LKYSPP, Universiti Kebangsaan Republik Singapura. Program ini juga akan merangkumi pengisian tempatan seperti pembentangan daripada penceramah-penceramah jemputan khas dan lawatan-lawatan ke beberapa kementerian dan agensi. Ianya bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam disamping tumpuan utamanya terhadap dasar dan pengurusan awam.

Seramai 447 para pegawai kanan telah berjaya mengikuti EDP anjuran Kementerian Pertahanan sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004.


Attachments