KUALA LUMPUR, Tuesday 29 October 2024 –His Majesty Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia, Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang Di-Pertuan Agong of Malaysia, has graciously bestowed the Honorary Malaysian Armed Forces Order for Valor (First Degree) in conjunction with the 91st Malaysian Armed Forces Day, - Gallant Commander of the Malaysian Armed Forces
(PGAT), upon Brigadier General (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of the Royal Brunei Air Force.
The investiture ceremony for the Malaysian Armed Forces Order for Valour Year 2024 was held at Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. The award is in recognition and appreciation for the Commander of the Royal Brunei Air Force for contributing towards improving and strengthening bilateral relations and close cooperation between the Royal Brunei Air Force and the Royal Malaysian Air Force.
PENGANUGERAHAN DARJAH KEPAHLAWANAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA, PANGLIMA GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT) KEPADA PEMERINTAH TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
KUALA LUMPUR, Selasa 29 Oktober 2024 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Al-Haj, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, telah berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (D.K.A.T) Darjah Pertama Tahun 2024 sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia yang ke – 91, Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) Kehormat kepada Yang Mulia Brigedier Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
Upacara Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia Tahun 2024 telah berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur. Penganugerahan tersebut merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan ke atas sumbangan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei dalam menyumbang ke arah meningkatkan dan mengukuhkan hubungan dua hala serta kerjasama erat di antara Tentera Udara Diraja Brunei dan Tentera Udara Diraja Malaysia.