Skip Ribbon Commands
Skip to main content
DEPLOYMENT OF THE SECOND ROYAL BRUNEI ARMED FORCES HUMANITARIAN AND DISASTER RELIEF TEAM FOR ‘OPERASI BADAI TADUH’ TO THE REPUBLIC OF THE PHILIPPINES

RIMBA AIR FORCE BASE, Wednesday, 30 October 2024 - The Ministry of Defence deployed the second Humanitarian and Disaster Relief (HADR) Team mission to Manila, Republic of the Philippines today.

The deployment of the second Royal Brunei Armed Forces (RBAF) HADR team was held at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base. Present at the ceremony was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF.

Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee, Bernadette A. Mendoza, Chargé d'affaires from the Embassy of the Republic of the Philippines to Brunei Darussalam, Defence and Armed Forces Attaché of the Republic of the Philippines, and Senior Officers from the Ministry of Defence and family members of the team involved in the mission.

The second team, consisting of 20 personnel, led by Major (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya, flown using two Royal Brunei Air Force Blackhawk S70i helicopters. 

The primary assignment for the second team is a continuation of ‘Operasi BADAI TADUH’ to ensure the smooth and effective of Air Logistic Support, specifically in extending the delivery of aid provided by the Government of the Philippines to remote regions with limited accessibility within Bicol Province. 












PEMERGIAN PASUKAN KEDUA ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI BAGI ‘OPERASI BADAI TADUH’ UNTUK MISI BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA KE REPUBLIK FILIPINA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Rabu, 30 Oktober 2024 – Kementerian Pertahanan telah menghantar pasukan kedua bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana ke Manila, Republik Filipina hari ini. 

Upacara pemergian bagi Pasukan Kedua Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berlangsung di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir di upacara tersebut adalah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB.

Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Bernadette A. Mendoza, Chargé d'affaires dari Kedutaan Besar Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Atase Pertahanan, Angkatan Tentera Republik Filipina, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli keluarga pasukan yang menyertai misi tersebut.

Pasukan kedua seramai 20 orang anggota ini diketuai oleh Mejar (U) Abdul Haqim bin Haji Yahya telah berlepas dengan menaiki dua buah helikopter Blackhawk S70i Tentera Udara Diraja Brunei.

Penugasan utama bagi pasukan kedua ini adalah sebagai kesinambungan kepada ‘Operasi BADAI TADUH’ bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan pengangkutan Bantuan Logistik Udara, khususnya dengan memperluaskan penghantaran bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Filipina ke kawasan-kawasan terpencil yang sukar di akses sekitar Wilayah Bicol nanti. 

Attachments