
RIMBA AIR FORCE BASE, GADONG, Friday, 11 April 2025 – With the consent of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, the Government of His Majesty has dispatched humanitarian aid in the form of essential supplies to the Republic of the Union of Myanmar following the earthquake that struck the country on 28 March 2025.
The Humanitarian Aid Dispatch Ceremony was held at the Air Movement Centre, Rimba Air Force Base. In attendance were Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Minister of Foreign Affairs II, and Ms. Khin Sandar, Chargé d’Affaires of the Embassy of the Republic of the Union of Myanmar in Brunei Darussalam.
Also in attendance were Yang Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence; Senior Officers from the Ministry of Foreign Affairs, Ministry of Home Affairs, Ministry of Defence, Ministry of Culture, Youth and Sports, the National Disaster Management Centre (NDMC) and the Embassy of the Republic of the Union of Myanmar.
Brunei Darussalam, through the Royal Brunei Armed Forces, reaffirmed its commitment to deliver the humanitarian aid to the Republic of the Union of Myanmar via air transport assistance using a Royal Brunei Air Force C295MW transport aircraft.
Earlier, a Sunnat Hajat mass prayer was held at Surau Al-Barakah, seeking divine protection, mercy and blessings from Allah Subhanahu Wa Ta’ala for the crew involved in the air transport mission to the Republic of the Union of Myanmar.



KEMENTERIAN PERTAHANAN HULUR BANTUAN PENGANGKUTAN UDARA BAGI PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE REPUBLIK KESATUAN MYANMAR
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, GADONG, Jumaat, 11 April 2025 - Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah menghantar bantuan kemanusiaan berupa barangan keperluan asasi ke Republik Kesatuan Myanmar susulan kejadian gempa bumi yang telah melanda negara tersebut pada 28 Mac 2025.
Upacara penghantaran bantuan kemanusiaan tersebut berlangsung di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Hadir di upacara tersebut adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II dan Yang Mulia Ms. Khin Sandar, Kuasausaha Sementara di Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar di Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan; Pegawai-Pegawai Kanan daripada Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) serta Kedutaan Besar Republik Kesatuan Myanmar di Negara Brunei Darussalam.
Negara Brunei Darussalam melalui ABDB, telah menzahirkan komitmen untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Republik Kesatuan Myanmar melalui pengangkutan udara menggunakan sebuah pesawat angkut C295MW Tentera Udara Diraja Brunei.
Terdahulu, sembahyang Sunat Hajat berjemaah diadakan di Surau Al-Barakah untuk memohon perlindungan, rahmat, dan keberkatan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala bagi para kru pesawat yang terlibat dalam misi pengangkutan udara ke Republik Kesatuan Myanmar.