
BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 28 April 2025 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has consented to award the State Honorary Medals of Brunei Darussalam to officers and personnel of the Ministry of Defence.
The Investiture Ceremony took place at the Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office officiated the conferment of the State Honorary Medals as His Majesty’s personal representative. Also in attendance were His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik.
The State Honours Medals conferred included Decorations, 10 personnel awarded the Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), the Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) awarded to 29 personnel and the Pingat Pahlawan (P.P.) to one recipient from the Ministry of Defence.
Present at the event were Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Cabinet Ministers, Members of Council, Deputy Ministers, Pengiran – Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Ambassadors, High Commissioners, Permanent Secretaries, Deputy Permanent Secretaries and Head of Departments.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA MENGURNIAKAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGARA KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 April 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam kepada pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pertahanan.
Istiadat Pengurniaan telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kencana, Istana Nurul Iman. Berangkat selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang maha Mulia bagi menyempurnakan Pingat-Pingat Kehormatan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.
Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang di kurniakan adalah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) kepada 10 orang penerima, Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.) kepada 29 orang penerima dan Pingat Pahlawan (P.P.) kepada seorang penerima dari Kementerian Pertahanan.
Turut hadir di Istiadat Pengurniaan ialah Yang Amat Mulia Pengiran–Pengiran Cheteria, Menteri–Menteri Kabinet, Ahli–ahli Majlis Mesyuarat, Timbalan–timbalan Menteri, Pengiran–Pengiran Peranakan, Pehin–Pehin Manteri, Manteri–Manteri Hulubalang, Duta–duta Besar, Pesuruhjaya–pesuruhjaya Tinggi, Setiausaha–setiausaha Tetap, Timbalan–timbalan Setiausaha Tetap dan Ketua–ketua Jabatan.