Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM RECEIVES IN AUDIENCE THE CHIEF OF DEFENCE FORCE, MALAYSIAN ARMED FORCES AND HER MAJESTY DULI RAJA ISTERI RECEIVES IN AUDIENCE THE SPOUSE OF THE CHIEF OF DEFENCE FORCE, MALAYSIAN ARMED FORCES


ISTANA NURUL IMAN, Thursday, 08 May 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience Yang Berbahagia General Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces. The Audience Ceremony took place at Istana Nurul Iman.

Accompanying Yang Berbahagia General Datuk Haji Mohd Nizam were His Excellency Datuk Mohd Aini Atan, High Commissioner of Malaysia to Brunei Darussalam and senior officials from Malaysian Armed Forces (MAF).

Meanwhile in a separate audience, Her Majesty Duli Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam also received in audience Yang Berbahagia Datin Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai, spouse of the Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces, accompanied by her daughter, Yang Mulia Sheikha Ajlaa binti Datuk Haji Mohd Nizam.

Brunei Darussalam and Malaysia have maintained close and cordial diplomatic relations since January 1984, where defence cooperation was formally established through the Memorandum of Understanding on Defence Cooperation signed on 14 February 1992. This visit signifies a mutual commitment to underscoring ongoing close cooperation through various bilateral and multilateral defence collaborations, including security operations under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). It also reflects shared efforts to upholding ASEAN centrality as a cornerstone for regional unity and stability.

This visit marks Yang Berbahagia General Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar first visit to Brunei Darussalam since his appointment as Chief of Defence Force, Malaysian Armed Forces, on 31 January 2025. Yang Berbahagia and his delegation are on a three-day official visit to Brunei Darussalam from 06 to 08 May 2025.








KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENERIMA MENGADAP PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
& ​
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA RAJA ISTERI BERKENAN MENERIMA MENGADAP ISTERI PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

ISTANA NURUL IMAN, Khamis, 08 Mei 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Mengiringi Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam ialah Tuan Yang Terutama Datuk Mohd Aini Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, di ruang berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap Yang Berbahagia Datin Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai, isteri kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan turut mengiringi ialah anak beliau, Yang Mulia Sheikha Ajlaa binti Datuk Haji Mohd Nizam.

Negara Brunei Darussalam dan Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang erat lagi mesra sejak Januari 1984 di mana kerjasama pertahanan telah dimeterai secara rasminya melalui penandatanganan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertahanan pada 14 Februari 1992. Lawatan ini melambangkan komitmen untuk sama-sama menekankan kesinambungan kerjasama erat melalui pelbagai kolaborasi pertahanan dua hala dan pelbagai hala, termasuk operasi keselamatan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Ia turut mencerminkan usaha bersama dalam menyokong peranan penting ASEAN selaku tunjang kepada perpaduan dan kestabilan serantau. 

Lawatan ini merupakan lawatan pertama Yang Berbahagia Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar ke Negara Brunei Darussalam sejak beliau dilantik menjadi Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 31 Januari 2025. Yang Berbahagia dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam bagi lawatan rasmi selama tiga hari bermula 06 hingga 08 Mei 2025.


Attachments