Skip Ribbon Commands
Skip to main content
CYBER SECURITY AND SOCIAL MEDIA AWARENESS BRIEFING



BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 6 May 2025 – The Ministry of Defence held a Cyber Security and Social Media Awareness Briefing this morning at Dewan Wira Seni, Royal Brunei Armed Forces Band Building, Bolkiah Garrison.


The briefing was attended by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence. Also present were Yang Mulia Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pg Hj Hassan, Acting Deputy Permanent Secretary, Civilian Directors and Head of Units and about 200 civilian officers and staff of the Ministry of Defence.

The briefing was delivered by Yang Mulia Chief Inspector Adinin bin Haji Ahmad from the Royal Brunei Police Force, with the primary aim of raising awareness among the ministry’s personnel about the increasing dangers of online scams. In addition to highlighting the growing prevalence and sophistication of internet fraud, the session underscored the need for ethical behavior and heightened caution when using social media platforms. These preventive measures are essential in protecting individuals from falling victim to deceptive online schemes.








TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN SIBER DAN MEDIA SOSIAL


BOLKIAH GARISON, Selasa, 6 Mei 2025 – 
Kementerian Pertahanan telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber dan Media Sosial pada pagi ini yang berlangsung di Dewan Wira Seni, Pancaragam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Bolkiah Garison.

T
aklimat tersebut telah dihadiri oleh Yang Mulia Brigader Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pg Hj Hassan, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Unit Awam serta lebih kurang 200 orang pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Yang Mulia Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad dari Pasukan Polis Diraja Brunei, dengan tujuan utama untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan kementerian mengenai bahaya penipuan dalam talian yang semakin meningkat. Selain menekankan peningkatan dalam kekerapan dan kecanggihan penipuan internet, sesi tersebut turut menekankan keperluan untuk berkelakuan secara beretika dan lebih berhati-hati semasa menggunakan platform media sosial. Langkah-langkah pencegahan ini adalah penting bagi melindungi individu daripada menjadi mangsa kepada skim penipuan dalam talian yang mengelirukan.​


Attachments