MUARA NAVAL BASE, Thursday, 1 May 2025 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an opening of the
Tadarus Al-Qur’an in conjunction with the RBAF’s 64th Anniversary Celebration at
Surau Al-Huda, Muara Naval Base.
Present at the ceremony was Yang Mulia Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the RBAF. Also in attendance were Deputy Commanders, representatives of the Deputy Commanders, senior officers, officers and personnel of the RBAF.
The event was officiated by Yang Mulia Deputy Commander of the RBAF with the recitation of
Surah Al-Fatihah, followed by the recitation of
Surah Al-Baqarah, verses 1 to 29 led by Yang Mulia Captain Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from the RBAF Religious Directorate (JAMA’AT). It then continued with a
Tazkirah titled ‘Keutamaan dan Kelebihan Tadarus Al-Quran Dalam Kehidupan Seharian’ delivered by Yang Mulia Captain Abdul Mu’iz Azizi Bin Zulkifli from JAMA’AT. This was followed by a recital of
Asmaul Husna and
Selawat Tafrijiyyah, and concluded with
Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
The Tadarus event is one of the religious activities held in conjunction with the RBAF’s 64thAnniversary Celebration. It aims to instil the spirit of reciting, understanding and appreciating the
Al-Quran among personnel in the RBAF, while also seeking blessings in commemorating the establishment of the RBAF.


PELANCARAN TADARUS AL-QUR'AN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64
PANGKALAN MUARA TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI, Khamis, 1 Mei 2025 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Tadarus Al-Quran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64 di Surau Al-Huda, Pangkalan Muara Tentera Laut Diraja Brunei.
Hadir pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohd Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, wakil-wakil Timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota-anggota ABDB.
Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Yang Mulia Timbalan Pemerintah ABDB dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Baqarah dari ayat 1 hingga 29 yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Muhd Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT). Majlis diteruskan dengan penyampaian Tazkirah yang bertajuk ‘Keutamaan dan Kelebihan Tadarus Al-Quran Dalam Kehidupan Seharian’ oleh Yang Mulia Kapten Abdul Mu’iz Azizi Bin Zulkifli dari JAMA’AT dan diikuti oleh laungan Asmaul Husna serta Selawat Tafrijiyyah, diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Majlis Tadarus ini merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang diadakan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-64. Ianya bertujuan untuk menyemai semangat membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kalangan anggota ABDB, di samping meraih keberkatan dalam memperingati ulang tahun penubuhan ABDB.