Skip Ribbon Commands
Skip to main content
THE 5TH BRUNEI-INDONESIA HIGH LEVEL COMMITTEE (BRUNESIA HLC) MEETING



JAKARTA, REPUBLIC OF INDONESIA, Friday, 13 June 2025 – The 5th Brunei-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) meeting between the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and the Indonesian National Armed Forces (TNI) was held in Jakarta, Republic of Indonesia today.


The meeting was co-chaired by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, and Yang Terhormat General TNI Agus Subiyanto, Chief of Defence Force of the Republic of Indonesia.


The programme began with a courtesy call between both Commanders, followed by a group photo session prior to the commencement of the BRUNESIA HLC Meeting. The programme concluded with a Gala Dinner attended by both delegations.


Since the signing of the Joint Understanding (JU)  on BRUNESIA HLC in 2013, the RBAF and TNI have carried out various forms of bilateral defence cooperation under this mechanism. The JU serves as the foundation for structured engagement through the BRUNESIA HLC framework.


During the meeting, both sides reviewed the outcomes of the 4th BRUNESIA HLC and received joint progress updates from the four sub-committees under BRUNESIA HLC: Joint Intelligence Sub-Committee (JISC), Joint Operations and Exercises Sub-Committee (JOESC), Joint Training and Education Sub-Committee (JTESC), and Joint Logistics Sub-Committee (JLSC). Each sub-committee also presented its proposed two-year work plan for the period 2025–2026.


The meeting concluded with the signing of the meeting minutes, which reaffirmed both Armed Forces’ shared commitment towards enhancing bilateral defence cooperation. Both sides acknowledged the importance of sustained planning and coordination, not only to strengthen interoperability, but also to foster long-standing defence ties and mutual understanding between RBAF and TNI.


The RBAF expressed appreciation to the TNI for the warm hospitality and excellent arrangements extended throughout the programme.


Brunei Darussalam is scheduled to host the 6th BRUNESIA HLC Meeting, which is hoped to further strengthen the spirit of consensus and long-standing aspirations for joint defence.







MESYUARAT BRUNEI-INDONESIA HIGH LEVEL COMMITTEE (BRUNESIA HLC) KALI KE-5


JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Jumaat, 13 Jun 2025 – Mesyuarat Brunei-Indonesia High Level Committee (BRUNESIA HLC) kali ke-5 di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI) telah berlangsung di Jakarta, Republik Indonesia pada hari ini.


Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB dan Yang Terhormat Jenderal TNI Agus Subiyanto, Panglima TNI.


Program dimulakan dengan kunjungan hormat di antara kedua-dua Pemerintah, diikuti dengan sesi bergambar ramai sebelum berlangsungnya Mesyuarat BRUNESIA HLC. Program diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala yang dihadiri oleh kedua-dua delegasi.


Sejak termeterainya Joint Understanding (JU) BRUNESIA HLC pada tahun 2013, ABDB dan TNI telah melaksanakan pelbagai bentuk kerjasama pertahanan dua hala di bawah mekanisme ini. Dokumen Persefahaman Bersama ini menjadi asas utama kepada perlaksanaan interaksi yang tersusun melalui rangka kerja BRUNESIA HLC.


Semasa mesyuarat, kedua-dua pihak telah meneliti semula hasil Mesyuarat BRUNESIA HLC Kali Ke-4 dan menerima laporan kemajuan bersama daripada empat sub-komiti di bawah BRUNESIA HLC iaitu: Joint Intelligence Sub-Committee (JISC), Joint Operations and Exercises Sub-Committee (JOESC), Joint Training and Education Sub-Committee (JTESC), dan Joint Logistics Sub-Committee (JLSC). Setiap sub-komiti turut membentangkan cadangan pelan kerja dua tahun bagi tempoh 2025–2026.


Mesyuarat diakhiri dengan penandatanganan Minit Mesyuarat, yang mana menyatakan semula komitmen bersama kedua-dua Angkatan Bersenjata dalam memperkukuh kerjasama pertahanan dua hala. Kedua-dua pihak turut sepakat mengenai kepentingan perancangan dan penyelarasan yang berterusan, bukan sahaja untuk memperkukuh keupayaan interoperabiliti, malah untuk mempererat hubungan pertahanan jangka panjang serta persefahaman bersama antara ABDB dan TNI.


Pihak ABDB turut merakamkan penghargaan kepada pihak TNI atas layanan mesra dan penyusunan program yang teratur sepanjang acara ini berlangsung.


Negara Brunei Darussalam dijadualkan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat BRUNESIA HLC Kali Ke-6, yang mana diharapkan akan memperkukuhkan lagi semangat muafakat serta aspirasi pertahanan bersama yang telah lama terjalin.​


Attachments