Skip Ribbon Commands
Skip to main content
BLOOD DONATION CAMPAIGN AT THE ROYAL BRUNEI NAVY IN CONJUNCTION WITH THE ROYAL BRUNEI ARMED FORCES 64TH ANNIVERSARY


MUARA NAVAL BASE, Wednesday, 30 July 2025 – The Royal Brunei Navy (RBN) organised a blood donation campaign in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary. This campaign was conducted in collaboration with the Blood Donation Centre, Laboratory Services Department, Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Hospital, Ministry of Health, and was supported with sponsorship from Imagine Sdn Bhd. 


The campaign was held at the Warrant Officer, Chief Petty Officer and Petty Officers' Mess, with participation from RBN personnel and civilian staff. A total 129 pints of blood were successfully collected throughout the campaign.


In line with this year’s RBAF 64th anniversary theme, “Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara” (Together United in Achieving the Nation’s Aspiration), the campaign reflects the RBAF’s ongoing commitment to contribute to the well-being of the community. This initiative not only aims to supplement the national blood reserve, but also instill the values of compassion, volunteerism, and social responsibility among RBAF personnel.


As part of the initiative to attract blood donors, Imagine Sdn Bhd also invited local entrepreneurs, such as Usahawan Bekarih Yayasan (UBK), comprised of single mothers, thereby contributing to the development of the local community’s economy.


The blood donation campaigns in conjunction with the RBAF 64th Anniversary are scheduled to take place at several other locations namely Berakas Garrison, Rimba Air Base, RBAF Defence Academy, Penanjong Garrison and Bolkiah Garrison.








KEMPEN DERMA DARAH PERINGKAT TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64 TAHUN 


PANGKALAN TENTERA LAUT MUARA, Rabu, 30 Julai 2025 – Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menganjurkan kempen derma darah bersempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 tahun. Kempen ini dikendalikan  dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan dan disokong oleh pihak penaja dari Imagine Sdn Bhd.


Kempen tersebut diadakan di Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, dengan penyertaan anggota TLDB serta kakitangan awam. Sepanjang kempen ini, sebanyak 129 pain darah telah berjaya dikumpulkan.


Selaras dengan tema Hari Ulang Tahun ABDB ke-64, Bersama Bersatu Mencapai Cita Negara, penganjuran kempen ini mencerminkan komitmen berterusan ABDB dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk menambah bekalan simpanan darah negara, malah turut memupuk nilai-nilai kebajikan, semangat kesukarelawanan dan rasa tanggungjawab social dalam kalangan warga ABDB. 


Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk  menarik lebih ramai penderma darah, Imagine Sdn Bhd telah mengundang penyertaan para usahawan tempatan seperti Usahawan Bekarih Yayasan (UBK) yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, sekali gus memberikan sokongan kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat. 


Kempen derma darah sempena Hari Ulang Tahun ABDB ke-64 telah dijadualkan di beberapa lokasi lain iaitu diadakan di Berakas Garison, Pangkalan Tentera Udara Rimba, Akademi Pertahanan ABDB, Penanjong Garison dan Bolkiah Garison.


Attachments