BERAKAS GARISSON, Thursday, 2 October 2025 – The Prize Presentation Ceremony for the
Musabaqah Tilawah Al-Qur'an Competition, in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 64th Anniversary, was held today at
Dewan Pahlawan, Berakas Garrison.
This ceremony followed the final round of the
Musabaqah Tilawah Al-Quran Competition on 2 September 2025, which saw the participation of 13 personnel representing various RBAF units.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were members of the RBAF Executive Committee, Directors, Commandants, Senior Officers, officers and personnel from the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the recitation of
Sayyidul Istighfar and
Surah Al-Fatihah, followed by welcoming remarks from the Chairman of the ceremony. This was succeeded by the recitation of the Quran from the Guest
Qariah, Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri, Champion of the National Finals Adult Al-Quran Competition 1446 Hijrah/2025 Masihi.
This was then followed by the announcement of winners, a summary from the Chief Judge and the prize presentation by the Guest of Honour.
In the
Qari category, the first place was awarded to Private (U) Masrur Fu’ad bin Hj Asmat from Royal Brunei Air Force, followed by Lance Corporal Mohammad Zainol Arifin bin Hj Haminuddin from Ministry of Defence in the second place, and Able Rate Mohd Asyri bin Abd Ghapar from Royal Brunei Navy in the third place. In the Qariah category, the first place was awarded to Major Nurulaini binti Haji Mohd Zain from the Royal Brunei Land Forces, the second place was Sergeant Masrani binti Jefri from Training Institute, Royal Brunei Armed Forces and the third place was Lance Corporal (U) Siti Nurhafizah binti Awang Sulaiman from Royal Brunei AirForce.
The ceremony concluded with a
Doa Penutup recited by Yang Mulia Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA'AT).
This year’s
Musabaqah Tilawah Al-Quran competition carried the theme “Setia Dibawah Panji Al-Quran”, underscoring the
Al-Quran as the ultimate guidance in life. Through this competition, the RBAF aspires to nurture more talented qari and qariah who can represent the nation at both national and international levels








MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MUSABAQAH TILAWAH AL-QUR'AN SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-64
BERAKAS GARISON, Khamis, 2 Oktober 2025 – Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Qur'an sempena Sambutan Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-64 telah berlangsung pada hari ini di Dewan Pahlawan, Berakas Garison.
Majlis ini merupakan susulan daripada Pertandingan Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Akhir yang telah diadakan pada 2 September 2025 yang lalu, melibatkan penyertaan seramai 13 peserta daripada wakil unit-unit ABDB.
Hadir selaku Tetamu kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pengarah-pengarah, Komandan–Komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai–pegawai dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan bacaan
Sayyidul Istighfar dan Surah
Al-Fatihah, diikuti dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi Majlis. Seterusnya, sekalian yang hadir diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran daripada Qariah Jemputan, Yang Mulia Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri, Johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi.
Acara kemudian diteruskan dengan pengumuman pemenang, rumusan daripada Ketua Jemaah Hakim serta penyampaian hadiah oleh Tetamu Kehormat.
Bagi kategori Qari, Johan telah disandang oleh Soldadu (U) Masrur Fu’ad bin Hj Asmat daripada Tentera Udara Diraja Brunei, Naib Johan dimenangi oleh Lans Koperal Mohammad Zainol Arifin bin Hj Haminuddin daripada Kementerian Pertahanan, dan tempat ketiga diraih oleh Laskar Muda Mohd Asyri bin Abd Ghapar daripada Tentera Laut Diraja Brunei. Sementara itu, bagi kategori Qariah pula, Johan telah disandang oleh Mejar Nurulaini binti Haji Mohd Zain daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Naib Johan dimenangi oleh Sarjan Masrani binti Jefri daripada Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan tempat ketiga disandang oleh Lans Koperal (U) Siti Nurhafizah binti Awang Sulaiman daripada Tentera Udara Diraja Brunei.
Majlis diakhiri dengan Doa Penutup yang dibacakan oleh Yang Mulia Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT).
Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran pada tahun ini membawa tema "Setia di Bawah Panji Al-Quran", yang menekankan
Al-Quran sebagai panduan hidup. Melalui pertandingan ini, ABDB berhasrat untuk melahirkan lebih ramai qari dan qariah berbakat yang berpotensi diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.