
Istana Nurul Iman, Wednesday, 05 November 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, today received in audience His Excellency General Sahir Shamshad Mirza, Chairman Joint Chiefs of Staff Committee (CJCSC), Pakistan Armed Forces. The Audience ceremony took place at Istana Nurul Iman.
Accompanying His Excellency was His Excellency Janbaz Khan, The High Commissioner of the Islamic Republic of Pakistan to Brunei Darussalam.
Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan enjoy close and long-standing bilateral relations, further strengthened with the signing of two Memoranda of Understanding, namely the Memorandum of Understanding (MoU) on Defence Cooperation, and MoU on Combating Terrorism and Other Transnational Crimes on 19 May 2004, which also led to the establishment of the Joint Defence Working Committee between Brunei Darussalam and the Islamic Republic of Pakistan.







KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN
YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN
MENERIMA MENGADAP PENGERUSI JAWATANKUASA KETUA-KETUA TURUS BERSAMA, ANGKATAN TENTERA PAKISTAN
Istana Nurul Iman, Rabu, 05 November 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Jeneral Sahir Shamshad Mirza, Pengerusi Jawatankuasa Ketua-Ketua Turus Bersama, Angkatan Tentera Pakistan. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.
Menyertai Tuan Yang Terutama ialah Tuan Yang Terutama Janbaz Khan, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Negara Brunei Darussalam.
Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan menikmati hubungan dua hala yang rapat dan kian lama terjalin, yang diperkukuhkan lagi melalui pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu MoU Kerjasama Pertahanan, dan MoU tentang Memerangi Keganasan dan Jenayah Rentas Sempadan pada 19 Mei 2004, yang juga membawa kepada penubuhan Jawatankuasa Kerja Pertahanan Bersama di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Pakistan.