PENDAFTARAN PENGAMBILAN BAKAL-BAKAL
REKRUT WANITA
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Pendaftaran sekarang dibukakan untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai bakal Rekrut Wanita Pengambilan Ke-58 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengikut syarat-syarat kelayakan dan kemasukan yang telah ditetapkan.
Pendaftaran dibukakan bermula pada hari Isnin, 06 Februari 2023 hingga hari Khamis, 16 Februari 2023.
Tatacara Pendaftaran
Pejabat Pengambilan melalui Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai dengan tatacara pendaftaran bakal Rekrut Wanita Pengambilan ke-58 ABDB secara PANDU LALU (DRIVE-THRU) seperti yang dinyatakan di bawah ini.
1. Pendaftaran secara pandu lalu (drive-thru) bertempat di Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Keterangan lanjut bagi tempat/lokasi bolehlah melayari di laman sesawang http://www.mindef.gov.bn (Carrer - Military Recruitment (Female)).
2. Hanya pemohon kod Bruhealth berwarna hijau dan kuning sahaja yang dibenarkan.
- 1x Salinan Kad Pengenalan Pintar,
- 1x Salinan Sijil-Sijil Akademik.
4. Tarikh dan masa bagi pendaftaran pandu lalu adalah seperti berikut:
Tarikh
| 06 Februari 2023 hingga 16 Februari 2023. (kecuali hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Awam) |
Jam
| 0830 pagi hingga 1100 tengahari 1430 petang hingga 1600 petang
|
5. Peta bagi pendaftaran pandu lalu iaitu di kawasan Pusat Boling Padang, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah adalah seperti berikut:

6. Pemohon yang layak akan diberikan nota kecil bagi pembahagian tarikh dan masa untuk hadir ke Pejabat Pengambilan ABDB bagi proses seterusnya iaitu pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT).
7. Semasa Pemeriksaan ketinggian, berat badan dan Indeks Jisim Tubuh (IJT) hanya pemohon kod berwarna hijau dan kuning sahaja yang dibenarkan untuk hadir serta sudah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang lengkap (3 dos).
8. Makluman seterusnya akan disampaikan kepada pemohon yang telah lulus proses kemasukan dan pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) yang dinyatakan diatas.
9. Pemohon-pemohon yang tidak layak atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan tidak akan di proses.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemohon-pemohon mestilah berumur 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun (0 bulan 0 hari) sebelum latihan bermula pada
04 September 2023.
Untuk keterangan lanjut , sila hubungi:
Pejabat Pengambilan,Jabatanarah Keanggotaan
Bolkiah Garison
Tel:2386898
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN DAN KEMASUKAN BAGI
PENGAMBILAN BAKAL REKRUT WANITA
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Berikut adalah syarat-syarat kategori dan kemasukan serta proses pemilihan bagi yang berminat untuk menceburi Kerjaya Tentera sebagai Bakal Rekrut Wanita Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Syarat-Syarat Kategori
Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera hendaklah terdiri daripada dua kategori yang telah ditetapkan.
1. Bagi Kategori A, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam dan mempunyai Kad Pengenalan Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b. Pemohon bukan dilahirkan di Negara Brunei Darussalam. Pemohon yang lahir di Luar Negara.
c. Tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).
2. Bagi Kategori B, syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Terdiri daripada rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam. Pemohon hendaklah mempunyai suratkuasa undang-undang negara bertulis mengenai dengan KERAKYATAN serta mempunyai Kad Pintar yang berwarna 'KUNING' sahaja.
b. Pemohon yang lahir di luar Negara.
c. Pemohon bukan tergolong dalam tujuh Puak Jati Bangsa Melayu (Brunei, Tutong, Belait, Kedayan, Dusun, Murut dan Bisaya).
d. Pemohon hendaklah berugama Islam dan menurut adat resam Melayu.
e. Pemohon dikehendaki untuk menghadapkan surat permohonan ke pihak ABDB beserta dengan risalah yang diperlukan bagi tindakan lanjut.
Syarat-Syarat Kemasukan
Pemohon yang berminat untuk menceburi kerjaya tentera mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan yang telah di tetapkan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.
1. Taraf Kelamin. Pemohon mestilah berstatus bujang dan tidak pernah berkahwin/mengandung/melahirkan anak.
2. Umur. Pemohon hendaklah berumur di antara 18 tahun sehingga 25 tahun 0 bulan 0 hari (semasa tarikh mengangkat sumpah BAF 51).
3. Ketinggian Badan. Pemohon hendaklah mempunyai ketinggian minima 152cm (05 Kaki).
4. Indek Jisim Tubuh (Body Mass Index). Pemohon hendaklah mempunyai keputusan Indek Jisim Tubuh antara 19 hingga 27.
5. Kelayakan Akademik. Pemohon hendaklah mempunyai kelulusan seperti berikut:
a. Minima 2 Kredit (Gred A, B atau C) Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa 'O' Level di dalam apa sahaja mata pelajaran.
b. BTEC Level 2 Extended Certificate atau BDTVEC Skill Certificate 2 atau ISQ (Industrial Skill Qualification) atau NTC 2 (National Trade Certificate) atau yang sebanding dengannya.
c. Kelulusan akademik yang lebih tinggi adalah menjadi satu kelebihan.
6. Tahap Kesihatan. Pemohon dikehendaki untuk mengisi Borang Deklarasi Kesihatan dan akan menjalani pemeriksaan kelayakan kesihatan sebelum mengikuti proses pemilihan awal. Pemohon hendaklah sihat, tidak cacat anggota dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit kronik, masalah pernafasan, masalah jantung, masalah mental serta bekas kecederaan teruk seperti patah pada bahagian anggota tubuh badan dan sebagainya. Tidak cacat pendengaran dan penglihatan serta tidak rabun warna. Mempunyai tahap kesihatan gigi yang baik.
7. Tapisan Keselamatan. Setiap pemohon hendaklah bebas daripada sebarang kesalahan awam atau jenayah, tidak pernah disabit atau diadu, tidak pernah terlibat dengan mana-mana kesalahan yang melibatkan agensi luar seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Mahkamah Awam dan Syariah, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan sebagainya. Setiap pemohon akan menjalani Tapisan Keselamatan (Security Vetting) dan Ujian Air Kencing (UAK) yang akan dikendalikan oleh pihak ABDB.
Proses Pemilihan
Pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat kategori dan kemasukan akan dipanggil bagi mengikuti Proses Pemilihan sepertimana yang dihuraikan di bawah ini.
1. Ujian Ketahanan Jasmani. Setiap pemohon akan mengikuti ujian ketahanan jasmani seperti berikut:
a. Ujian Renang yang mana setiap pemohon akan berenang sejauh 50 meter dengan menggunakan Gaya Bebas dan Kuak Dada.
b. Ujian Individual Fitness Assessment (IFA) yang mana setiap pemohon akan berlari sejauh 2.4km dan diikuti dengan ujian statik bagi menguji kecergasan tubuh badan iaitu Pull up, Sit-Up dan Push-Up dalam masa satu minit pada setiap ujian.
*Perlu diingatkan bahawa ujian IFA hanya akan dibuat oleh pemohon jika sekiranya pemohon tersebut lulus dalam ujian Renang.
2. Ujian Bertulis. Pemohon hendaklah lulus dalam ke semua ujian bertulis iaitu Ujian Kemahiran Bahasa Melayu dan Ujian Psikologi.
3. Pemeriksaan Pergigian. Pemeriksaan pergigian hendaklah sihat (Fit Dental). Pemeriksaan dan keputusan ini diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Perubatan ABDB.
4. Pemeriksaan Kesihatan PULHHEEMS. Pemohon hendaklah lulus dalam Pemeriksaan Kesihatan PULHHEEMS yang dikendalikan oleh pihak Pusat Khidmat Kesihatan dan Perubatan.
5. Temuduga dan Penilaian Akhir. Pemohon akan ditemuduga oleh unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang dilantik. Penilaian kemasukan ke unit-unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan dibuat oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang bersidang kemudian.
Pemohon yang LULUS secara keseluruhannya dan yang telah DISOKONG PENUH oleh Badan Temuduga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei akan diserahkan kepada Kompeni Rekrut Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Penanjong Garison bagi mengikuti Latihan Holding Platoon selama 02 hingga 03 minggu sebelum melaksanakan Latihan Asas Ketenteraan selama 03 bulan.
"BORANG PENDAFTARAN" boleh dimuat turun "DI SINI" dan dihantarkan ke:
Pejabat Pengambilan ABDB
Jabatanarah Keanggotaan
Kementerian Pertahanan
Bolkiah Garison BB3510
( berdekatan dengan bangunan Pancaragam ABDB )
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pengambilan ABDB pada waktu berkerja.
Tel: 2386898