Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF CELEBRATES NUZUL AL-QURAN

RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 05 April 2024 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a religious talk to commemorate Nuzul Al-Quran at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present as the Guest of Honour was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Deputy Commander of the RBAirF. Also present were the RBAirF Board of Executives, Officers, airmen and airwomen.

The ceremony commenced with the recital of Al-Quran led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, the RBAirF Religious Teacher and proceeded with a religious talk entitled “Al-Quran Pedomanku". The religious talk was delivered by a guest speaker from The Islamic Religious Centre, Ministry of Religious Affairs, Ustaz Haji Awang Muhammad Najib Bin Haji Awang.

The ceremony is an annual event conducted in Surau Al-Barakah to seek blessings in the month of Ramadhan and glorifying the revelation of Al-Quran. The event concluded with the presentation of souvenirs to the guest speaker and a closing doa to mark the closing ceremony.


TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI MERAIKAN MAJLIS NUZUL AL-QURAN

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 05 April 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan ceramah khas sempena menyambut Nuzul Al-Quran di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Timbalan Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang diketuai oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Agama TUDB dan diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Al-Quran Pedomanku". Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Haji Awang Muhammad Najib bin Awang.

Majlis ini dikendalikan pada setiap tahun di Surau Al-Barakah bagi meraih berkat di bulan Ramadhan dan memuliakan turunnya Al-Quran. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderehati kepada penceramah undangan dan Doa Penutup bagi penutup majlis.