Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

JOINT KHATAM AL-QUR’AN, TAHLIL AND IFTAR CEREMONY AT SURAU AL-BARAKAH

​RIMBA AIR FORCE BASE, Saturday, 06 April 2024  The Royal Brunei Air Force (RBAirF), Surau Al-Barakah Takmir Committee Members and Congregants in collaboration with Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba jointly held a Khatam Al-Qur'an, Tahlil and Iftar ceremony in honour of Ramadhan 1445H at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.

Present as the Guest of Honour was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, the RBAirF Commander. Other notable attendees included Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, the Head of Village for Zone 4, RPN Rimba who also served as the joint chairman, special invitees, the RBAirF Board of Executives, Takmir Surau committee, surau congregants and residents of Zone 3 and 4, RPN Rimba.

The ceremony commenced with the recitations of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah led by Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam of Surau Al-Barakah followed by Khatam Al-Qur'an and Tahlil. The ceremony proceeded with the presentation of donations for orphans and the asnaf group by the Guest of Honour and the Head of Village of Zone 4, RPN Rimba. The ceremony concluded with the mass Fardhu Maghrib Prayer and Iftar.

This event aimed to strengthen the relationship between the RBAirF and the residents of Kampong Rimba. It is also to elevate their pious deeds by seeking forgiveness and appeasement from Allah Subhanahu Wa Ta'ala during the holy month of Ramadhan.


ANJURAN GABUNGAN BAGI MAJLIS BERTAHLIL, KHATAM AL-QUR'AN DAN IFTAR

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Sabtu, 06 April 2024 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Ahli Takmir Surau Al-Barakah dan jemaah dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Kawasan 4, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Rimba telah mengungkayahkan bersama Majlis Bertahlil, Khatam Al-Qur'an dan Iftar Sekampung bagi Ramadhan 1445H bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Yang Mulia Haji Julkepli bin Haji Ibrahim, Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Rimba selaku Pengerusi Bersama, Jemputan-Jemputan Khas, Badan Eksekutif TUDB, Ahli Jawatankuasa Kerja Takmir Surau, jemaah surau dan penduduk kampung Kawasan 3 dan 4 RPN Rimba.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Muhammad Fathurrahman bin Haji Awang Matali, Imam Surau Al-Barakah dan diikuti dengan Khatam Al-Qur'an dan Tahlil. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian derma anak-anak yatim dan golongan asnaf yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat dan Ketua Kampung Kawasan 4, RPN Rimba. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan berbuka puasa.

Majlis diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara anggota dan warga TUDB bersama penduduk Kampong Rimba. Ianya turut diadakan untuk meningkatkan amal soleh serta memohon keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala bersempena bulan suci Ramadhan.