RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday,
16 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a thanksgiving prayer ceremony in conjunction with His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office 51st Birthday Celebration was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base (Rimba AFB).
Present at the ceremony was Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of RBAirF with RBAirF Board of Executives, Senior Officers, Officers, and RBAirF personnel as well as local congregants.
The ceremony commenced with mass Fardhu Maghrib prayers followed by Sunat Hajat prayer, recitation of Surah Yassin, and a prayer in conjunction with His Royal Highness the Crown Prince's 51st Birthday Celebration. The ceremony concluded with Fardhu Isya' prayers.


TUDB MENGADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PUJA USIA YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA YANG KE 51 TAHUN
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Ahad, 16 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang Ke 51 Tahun di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PTU Rimba).
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB. Turut hadir adalah Ahli Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota TUDB serta jemaah awam.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin, dan Doa Kesyukuran Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang Ke 51 Tahun. Majlis kemudian diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya'.