Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

ACHIEVEMENT OF INITIAL OPERATIONAL CAPABILITY BY 15 SQUADRON, RBAirF

​RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 February 2025 - Marking a significant milestone, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) declares the 15 Squadron, No.1 Wing, Operations Group has attained Initial Operational Capability (IOC) for its C295MW aircrafts. This marks the squadron's growing operational readiness to deploy aircrafts for core missions contributing to the RBAirF's air mobility capabilities after the aircraft's Introduction to Service on 14 February 2024.

Further strengthening its operational capacity, 15 Squadron qualified two aircraft captains and four co-pilots, enhancing the squadron's leadership and piloting cadre. Simultaneously, four loadmasters are undergoing conversion training, reinforcing the squadron's ability to execute complex air mobility missions effectively.

Since its operationalisation, 15 Squadron has been actively engaged in a broad spectrum of missions, both domestically and internationally. Notably, the squadron played a pivotal role in Operation Badai Taduh, delivering critical Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) support to the Republic of the Philippines in response to Typhoon Kristine in late October 2024. The C295MW has thus far conducted 246 sorties, extending its operational footprint across six ASEAN nations, while transporting 912 passengers and delivering 42,043 kilograms of cargo, reflecting its expanding strategic reach and mission effectiveness.

With these accomplishments, 15 Squadron remains firmly on track to achieving Full Operational Capability (FOC) by 14 February 2027, further cementing its role in enhancing the RBAirF's operational effectiveness and regional airlift capabilities.


SKUADRON 15 TELAH MENCAPAI INITIAL OPERATIONAL CAPABILITY (IOC)

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Juma'at, 14 Februari 2024 - Menandakan pencapaian penting, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengumumkan Skuadron 15 Cawangan No. 1, Kumpulan Gerakan telah mencapai Initial Operational Capability (IOC) bagi pesawat-pesawat C295MW. Ini menandakan kesiapsiagaan operasi skuadron tersebut untuk menggerakkan pesawat bagi misi utama yang menyumbang kepada keupayaan mobiliti udara TUDB selepas Pengenalan Perkhidmatan pesawat tersebut pada 14 Februari 2024.

Sebagai tambahan kepada peningkatan kapasiti operasinya, Skuadron 15 telah melayakkan dua kapten pesawat dan empat penolong juruterbang, mengukuhkan kepimpinan dan tenaga pengurusan penerbangan skuadron tersebut. Pada masa yang sama, empat orang Loadmaster sedang menjalani latihan conversion, memperkukuhkan keupayaan skuadron dalam melaksanakan misi keupayaan udara yang kompleks dengan berkesan.

Sejak pengoperasiannya, Skuadron 15 telah aktif terlibat dalam pelbagai jenis misi, baik di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Secara khusus, skuadron ini memainkan peranan penting dalam Operasi Badai Taduh, memberikan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kepada Republik Filipina sebagai respons terhadap Taufan Kristine pada akhir Oktober 2024. Pesawat-pesawat C295MW setakat ini telah menjalankan 246 penerbangan, memperluas jejak operasinya merentasi enam negara ASEAN, dengan mengangkut 912 penumpang dan menghantar 42,043 kilogram kargo, mencerminkan jangkauan strategik dan keberkesanan misi yang semakin berkembang.

Dengan pencapaian ini, Skuadron 15 kekal berada di landasan yang tepat untuk mencapai Keupayaan Operasi Penuh (FOC) menjelang 14 Februari 2027, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam meningkatkan keberkesanan operasi TUDB dan keupayaan pengangkutan udara serantau.