RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 14 February 2025 – No. 5 Wing, Support Group, Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Promotion Ceremony for eight (08) Junior Non-Commissioned Officers (NCO), consisting of 03 Substantive Corporal and 05 Substantive Lance Corporal.
Wing Commander of No. 5 Wing, Operations Group, Major (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris presented the rank insignias to the personnel at Hangar B, Rimba Air Force Base (Rimba AFB). The event was witnessed by Officers and Senior NCOs from No. 5 Wing. This promotion serves as a testament to the professionalism, commitment, and contributions of these personnel towards RBAirF and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).
The RBAirF extends its heartfelt congratulations to all personnel and their families, who continue to contribute to the strength and success of air operations.


MAJLIS PENYAMPAIAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI TIDAK BERTAULIAH KUMPULAN BANTU, TUDB
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 14 Februari 2025 – Cawangan No. 5, Kumpulan Bantuan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Kenaikan Pangkat bagi lapan (08) anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rendah, yang terdiri daripada 03 Koperal Tetap dan 05 Lans Koperal Tetap.
Pegawai Pemerintah Cawangan No. 5, Kumpulan Gerakan, Mejar (U) Arif Syazwi bin Haji Md Idris telah menyempurnakan penyampaian pangkat kepada anggota-anggota di Hangar B, Pangkalan Tentera Udara Rimba (PU Rimba). Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai-pegawai dan PTB-PTB Kanan dari Cawangan No. 5. Kenaikan pangkat ini mencerminkan profesionalisme, komitmen, dan sumbangan anggota terhadap TUDB serta Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
TUDB merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua anggota yang dinaikkan pangkat serta keluarga mereka yang terus menyumbang kepada kekuatan dan kejayaan operasi udara.
