RIMBA AIR FORCE BASE, Monday, 17 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) has officially appointed Warrant Officer 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad as the new Air Force Sergeant Major and Warrant Officer 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir as the Regimental Sergeant Major of Training Group. The appointment ceremony was held today at Rajawali Lounge, RBAirF Headquarters, strengthening the leadership within the RBAirF's enlisted ranks.
In his new role, Warrant Officer 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad will serve as the right-hand man to the Commander of the RBAirF, providing leadership, mentorship, and advocacy for enlisted personnel across the force. He will be responsible for overseeing all matters related to personnel management, welfare, and discipline through his network of sergeant majors, ensuring that the highest standards of professionalism and operational readiness are maintained.
Meanwhile, Warrant Officer 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir, as the Regimental Sergeant Major of Training Group, will be entrusted with overseeing the discipline, development, and welfare of personnel within the RBAirF Training Group. His leadership will be instrumental in maintaining the integrity of training standards and ensuring the professional growth of enlisted personnel undergoing training.
The insignia presentation ceremony was officiated by Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Commander of the RBAirF, who presented the rank insignia, Sam Browne Belt, and Pace Stick to Warrant Officer 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad and the rank insignia and Pace Stick to Warrant Officer 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir.
The ceremony was attended by the RBAirF Board of Executive Members and family members of the appointed personnel, who witnessed the event. The RBAirF extends its congratulations to Warrant Officer 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad and Warrant Officer 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir on their well-deserved appointments.
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2250.JPG)
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2273.JPG)
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2289.JPG)
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2304.JPG)
TUDB MELANTIK SARJAN MEJAR TENTERA UDARA DAN SARJAN MEJAR REJIMEN KUMPULAN LATIHAN YANG BAHARU
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Isnin, 17 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah melantik secara rasmi Pegawai Waran 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad sebagai Sarjan Mejar Tentera Udara yang baharu dan Pegawai Waran 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir sebagai Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Latihan. Majlis pelantikan telah diadakan hari ini di Rajawali Lounge, Markas TUDB, menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kepimpinan dalam kalangan anggota Lain-Lain Peringkat (LLP) TUDB.
Dalam peranan baharunya, Pegawai Waran 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad akan bertindak sebagai orang kanan kepada Pemerintah TUDB, memberikan kepimpinan, bimbingan, dan advokasi kepada anggota LLP di seluruh pasukan. Beliau bertanggungjawab dalam menyelia semua aspek berkaitan pengurusan anggota, kebajikan, dan disiplin melalui rangkaian sarjan mejar-sarjan mejarnya, memastikan standard profesionalisme dan kesiagaan operasi yang tertinggi sentiasa dikekalkan.
Sementara itu, Pegawai Waran 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir, sebagai Sarjan Mejar Rejimen Kumpulan Latihan, akan bertanggungjawab dalam menyelia disiplin, pembangunan, dan kebajikan anggota di bawah Kumpulan Latihan TUDB. Kepimpinan beliau akan memainkan peranan penting dalam mengekalkan integriti standard latihan dan memastikan pertumbuhan profesional anggota lain-lain pangkat yang menjalani latihan.
Majlis penyampaian lencana telah disempurnakan oleh Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, yang menyampaikan lencana pangkat, Sam Browne Belt, dan Tongkat Penyukat kepada Pegawai Waran 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad serta lencana pangkat dan Tongkat Penyukat kepada Pegawai Waran 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir.
Majlis ini turut dihadiri oleh ahli-ahli Badan Eksekutif TUDB serta ahli keluarga anggota yang dilantik, yang menyaksikan majlis berkenaan. TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Waran 1 (U) Pg Redzaini bin Pg Haji Ahmad dan Pegawai Waran 2 (U) Mohamad Kamali bin Haji Kadir atas pelantikan yang sewajarnya.![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2340.JPG)
![](/airforce/ArticleImages/2025/FEBRUARY/SMTU%20%26%20RSM/0Q3A2361.JPG)