Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

CLOSING CEREMONY FOR AIR DEFENCE RANGE MANAGEMENT COURSE 2024/2025.

PENANJONG GARRISON, Wednesday, 19 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) continues to advance its operational proficiency with the successful completion of the Air Defence Range Management Course 2024/2025. Conducted by 77 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, RBAirF, the course ran from 13 January to 19 February 2025 at the Field Firing Area, Binturan Range, Penanjong Garrison. A total of 11 RBAirF personnel, along with participants from the Officer Cadet School, Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (OCS DA RBAF), the Training Institute, Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), and the Royal Malaysian Air Force (RMAF), successfully completed the training.

The closing ceremony was officiated by Major (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin, Wing Commander, No. 7 Wing, RBAirF, as the Guest of Honour. Also present were officers and personnel from RBAirF, an officer from OCS DA RBAF, and the Staff Assistant to the Defence Advisor of Malaysia. Their presence highlighted the course's significance in fostering joint defence training and cooperation.

The course provided comprehensive training in air defence operations, including the handling of Mistral weapons as Mistral Range Safety Officer (MRSO) and Sergeant Major Instructor Gunner (SMIG) under Technical Training Day. Participants were also trained in the handling of all Air Defence weapons, including the Static Short-Range Air Defence System (SSPU), in roles such as Firing Point Safety Officer (FPSO) and Safety Supervisor (SS).

In recognition of outstanding performance, Corporal (U) Mohd Sharol Alai Alizam bin Zahari of RBAirF was awarded Best Overall Student. The Best Theory award was presented to F/Sgt Mohd Hafifi bin Ahmad of RMAF, while Staff Sergeant (U) Mohd Firdauz bin Md Hussaini from OCS DA RBAF received the Best Practical award.

The RBAirF congratulates all participants for their dedication and successful completion of the course, reaffirming its commitment to strengthening air defence capabilities and operational readiness.


MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS PENYELIA PADANG TEMBAK PERTAHANAN UDARA 2024/2025

PENANJONG GARISON, Rabu, 19 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) terus mempertingkatkan kecekapan operasinya dengan kejayaan penamatan Kursus Penyelia Padang Tembak Pertahanan Udara 2024/2025. Kursus ini, yang dikendalikan oleh Skuadron 77, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, TUDB, berlangsung dari 13 Januari hingga 19 Februari 2025 di Kawasan Lapang Sasar, Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison. Seramai 11 anggota TUDB, bersama peserta dari Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (SPK AP ABDB), Institut Latihan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), berjaya menamatkan latihan ini.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Mejar (U) Mohd Kaisan bin Haji Ludin, Pegawai Pemerintah, Cawangan No. 7, TUDB, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir adalah Pegawai-pegawai dan anggota TUDB, pegawai dari SPK AP ABDB, serta Pembantu Pegawai Pertahanan Malaysia. Kehadiran mereka menggariskan kepentingan kursus ini dalam memperkukuhkan latihan pertahanan bersama dan kerjasama ketenteraan.

Kursus ini menyediakan latihan menyeluruh dalam operasi pertahanan udara, termasuk pengendalian Mistral sebagai Mistral Range Safety Officer (MRSO) dan Sergeant Major Instructor Gunner (SMIG) di bawah Technical Training Day. Para peserta juga dilatih dalam pengendalian semua senjata pertahanan udara, termasuk Static Short-Range Air Defence System (SSPU), dalam peranan seperti Firing Point Safety Officer (FPSO) dan Safety Supervisor (SS).

Sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang, Koperal (U) Mohd Sharol Alai Alizam bin Zahari dari TUDB telah dianugerahkan Pelajar Terbaik Keseluruhan. Anugerah Teori Terbaik diberikan kepada F/Sjt Mohd Hafifi bin Ahmad dari TUDM, manakala Staf Sarjan (U) Mohd Firdauz bin Md Hussaini dari SPK AP ABDB menerima anugerah Praktikal Terbaik.

TUDB mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas dedikasi dan kejayaan mereka menamatkan kursus ini, sekali gus menegaskan komitmen TUDB dalam memperkukuhkan keupayaan pertahanan udara dan kesiagaan operasi.