Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

APPOINTMENT OF AIR FORCE SERGEANT MAJOR CEREMONY

RIMBA AIR FORCE BASE, Thursday, 27 February 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a parade ceremony to mark the official commencement of duties by Warrant Officer 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad as the Air Force Sergeant Major at the Parade Square, Rimba Air Force Base,

The ceremony commenced with a formal parade, reflecting the RBAirF's tradition of discipline and professionalism. This was followed by the signing of the certificate of appointment, signifying Warrant Officer 1 (U) Pg Hj Redzaini's official start of duties, effective 17 February 2025.

In his address, Warrant Officer 1 (U) Pg Hj Redzaini expressed his profound gratitude for the trust placed in him and reaffirmed his commitment to upholding the highest standards of discipline, professionalism, and leadership within the force. His appointment underscores the RBAirF's continuous efforts in strengthening its institutional leadership and fostering professional growth among its personnel.

The ceremony highlighted the importance of leadership continuity in ensuring the smooth functioning of the force and maintaining the high standards expected within the RBAirF.


MAJLIS PENGAMBILALIHAN JAWATAN SARJAN MEJAR TENTERA UDARA

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Khamis, 27 Februari 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan majlis perbarisan bagi menandakan pengambilan alih tugas secara rasmi oleh Pegawai Waran 1 (U) Pg Hj Redzaini bin Pg Hj Ahmad sebagai Sarjan Mejar Tentera Udara di Padang Kawad, Pangkalan Tentera Udara Rimba

Majlis dimulakan dengan perbarisan rasmi, mencerminkan tradisi ketenteraan TUDB yang berteraskan disiplin dan profesionalisme. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penandatanganan sijil pelantikan, menandakan permulaan rasmi tugas Pegawai Waran 1 (U) Pg Hj Redzaini yang berkuatkuasa pada 17 Februari 2025.

Dalam ucapan beliau, Pegawai Waran 1 (U) Pg Hj Redzaini menyatakan penghargaan yang mendalam atas kepercayaan yang diberikan serta menegaskan komitmennya untuk mengekalkan tahap disiplin, profesionalisme, dan kepimpinan tertinggi dalam pasukan. Pelantikan beliau mencerminkan usaha berterusan TUDB dalam memperkukuh kepimpinan institusi serta pembangunan profesional dalam kalangan anggotanya.

Majlis ini menekankan kepentingan kesinambungan kepimpinan dalam memastikan kelancaran pentadbiran pasukan serta mengekalkan standard yang tinggi dalam TUDB.