RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 28 February 2025 – The Closing Ceremony for the Support Maintenance Management (SMM) and Instructional Technique (IT) courses was held at Punai Hall, Rimba Air Force Base. Both courses, conducted over seven weeks by 75 Squadron, No. 7 Wing, Training Group, aimed to enhance the professional competency of RBAirF personnel. A total of nine participants attended the SMM course, while twelve personnel completed the IT course.
Major (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Acting Wing Commander of No. 7 Wing, Training Group, officiated the event by presenting certificates to the course participants and delivering his remarks. In his speech, he underscored the significance of continuous learning at all levels and urged participants to apply the knowledge and skills acquired throughout the course to their respective fields. Also in attendance were officers from 75 Squadron, course instructors, and invited guests.
The Best Student award for the IT course was conferred upon Sergeant (U) Abdul Hapiz bin Untong from 51 Squadron, No. 5 Wing, Support Group, in recognition of his outstanding performance.
The SMM and IT courses serve a critical role in developing personnel with the requisite expertise and operational competencies. The SMM course focuses on equipping personnel with management principles to facilitate coordination and strategic development, thereby strengthening the effectiveness of support operations. Meanwhile, the IT course is designed to provide personnel with fundamental instructional techniques, ensuring the delivery of efficient and effective training within a military setting. The successful completion of these courses reflects the RBAirF's ongoing commitment to professional development and operational excellence.
RBAirF would like to extend its congratulations to the course participants for successfully completing the courses.



MAJLIS PENUTUP BAGI KURSUS
SUPPORT MAINTENANCE MANAGEMENT
03/2025 &
INSTRUCTIONAL TECHNIQUE 55/2025.
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA,
Juma'at, 28 Februari 2025 – Majlis Penutup bagi kursus Support Maintenance Management (SMM) dan Instructional Technique (IT) telah diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Kedua-dua kursus ini, yang dijalankan selama tujuh minggu oleh Skuadron 75, Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, bertujuan untuk meningkatkan kecekapan profesional anggota TUDB. Seramai sembilan peserta menghadiri kursus SMM, manakala dua belas peserta menamatkan kursus IT.
Mejar (U) Mohammad Nashriq bin Moksin, Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan No. 7, Kumpulan Latihan, telah menyempurnakan majlis dengan menyampaikan sijil kepada para peserta kursus serta menyampaikan ucapan beliau. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan pembelajaran berterusan di semua peringkat dan menyeru para peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ke dalam bidang masing-masing. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pegawai-pegawai dari Skuadron 75, jurulatih-jurulatih, dan para jemputan.
Anugerah Pelajar Terbaik bagi kursus IT telah dianugerahkan kepada Sarjan (U) Abdul Hapiz bin Untong dari Skuadron 51, Cawangan No. 5, Kumpulan Bantu, sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang beliau.
Kursus SMM dan IT memainkan peranan penting dalam membangunkan anggota dengan kepakaran serta kecekapan operasi yang diperlukan. Kursus SMM memberi tumpuan kepada pemantapan prinsip pengurusan bagi memudahkan penyelarasan dan pembangunan strategi, seterusnya meningkatkan keberkesanan operasi sokongan. Sementara itu, kursus IT direka untuk membekalkan anggota dengan teknik pengajaran asas bagi memastikan penyampaian latihan yang berkesan dan efisien dalam persekitaran ketenteraan. Kejayaan penamatan kursus ini mencerminkan komitmen berterusan TUDB terhadap pembangunan profesional dan kecemerlangan operasi.
TUDB ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta kursus kerana dengan jayanya menamatkan kursus-kursus tersebut.
