Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

STRENGTHENING TIES: INAUGURAL AIR WORKING GROUP MEETING BETWEEN VIET NAM AIR DEFENCE-AIR FORCE AND ROYAL BRUNEI AIR FORCE (1ST AWG VN ADAF-RBAIRF)

HANOI, THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM, Friday, 28 February 2025 – The Inaugural Air Working Group Meeting between Viet Nam Air Defence-Air Force and Royal Brunei Air Force (1st AWG VN ADAF-RBAirF) was successfully held from 24 to 28 February 2025. The meeting took place at VN ADAF Headquarters and was Co-Chaired by Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Chief of Staff RBAirF and Senior Colonel Tran Manh Cuong, Deputy Chief of Staff, VN ADAF.

Prior to the meeting, Colonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh made a Courtesy Call to Major General Vu Hong Son, Deputy Commander-Chief of Staff VN ADAF, to start the first official engagement for AWG between the two Air Forces. Colonel (U) Albadii and Major General Vu Hong Son assured that both Air Forces have expressed strong interest in strengthening the defence relationship and cooperation, thus looking forward to future engagements in the coming years.

The 1st AWG VN ADAF-RBAirF commenced with opening remarks from both Co-Chairmen before proceeding with the predetermined agenda. The objectives of the meeting covered bilateral cooperation matters which include proposals for upcoming subject matter expert exchanges, training, interactions and bilateral engagement which were presented by the delegation from both Air Forces. The meeting concluded with the signing of Minutes of Meeting by both Co-Chairmen. The overall program for the AWG also included RBAirF delegates visiting Brigade Regiment 918, which also operates the C295M as one of its aircraft, VN ADAF Museum and Military History Museum.

The AWG is the result of successful bilateral engagement between the two Air Forces' Chief during the 21st ASEAN Air Chief Conference and is set to continue biennially, with each country alternating as host. The 2nd AWG meeting will be hosted by RBAirF in 2027 where the focus will be on further cooperation, as well as the sharing of knowledge and skills, all aimed at further strengthening the ties and ensuring a longstanding relationship between both Air Forces.


MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN: MESYUARAT PERTAMA KELOMPOK KERJA UDARA ANTARA VIET NAM AIR DEFENCE–AIR FORCE DAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI (KKU VN ADAF-TUDB KE-1)

HANOI, REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM, Juma'at, 28 Februari 2025 Mesyuarat Pertama Kelompok Kerja Udara antara Viet Nam Air Defence-Air Force dan Tentera Udara Diraja Brunei (KKU VN ADAF-TUDB Ke-1) telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 28 Februari 2025. Mesyuarat tersebut berlangsung di Markas VN ADAF dan dipengerusikan bersama oleh Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh, Ketua Staf TUDB dan Senior Colonel Tran Manh Cuong, Timbalan Ketua Staf VN ADAF.

Sebelum perlaksanaan mesyuarat, Kolonel (U) Haji Mohd Albadii Shahnoel bin Haji Mohd Noeh membuat Kunjungan Hormat kepada Mejar Jeneral Vu Hong Son, Timbalan Pemerintah-Ketua Staf VN ADAF, sebagai tanda permulaan rasmi bagi perlaksanaan KKU antara kedua Tentera Udara. Kolonel (U) Albadii dan Mejar Jeneral Vu Hong Son meyakinkan bahawa kedua Tentera Udara telah menunjukkan semangat yang tinggi dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan dan kerjasama, yang mana penglibatan masa depan di tahun-tahun yang akan datang akan memantapkannya lagi.

Mesyuarat Pertama KKU VN ADAF-TUDB dimulakan dengan ucapan daripada kedua-dua Pengerusi Bersama sebelum meneruskan dengan agenda yang telah ditetapkan. Objektif mesyuarat ini merangkumi perkara kerjasama dua hala termasuk program pertukaran, latihan, interaksi, dan penglibatan dua hala, yang mana telah dibentangkan oleh delegasi daripada kedua-dua Tentera Udara. Mesyuarat tersebut ditutup dengan penandatanganan Minit Mesyuarat oleh kedua-dua Pengerusi Bersama. Selain itu, program untuk KKU ini juga merangkumi lawatan delegasi TUDB ke Brigade Regiment 918, yang mana antara pesawat yang diterbangkan adalah pesawat C295M, Muzium VN ADAF dan Muzium Military History.

Mesyuarat KKU pertama ini adalah hasil daripada penglibatan dua hala yang berjaya dilaksanakan di antara kedua-dua Pemerintah Tentera Udara semasa Persidangan ASEAN Air Chief Ke-21 dan mesyuarat ini dirancang untuk diteruskan setiap dua tahun, dengan setiap negara bergilir menjadi tuan rumah. Oleh itu, Mesyuarat KKU VN ADAF-TUDB Ke-2 akan dihoskan oleh TUDB pada tahun 2027. Mesyuarat KKU Ke-2 tersebut akan bertumpu kepada kerjasama yang lebih lanjut, serta perkongsian pengetahuan dan kemahiran, bertujuan untuk mengkekalkan dan memperkukuhkan lagi hubungan jangka panjang antara kedua-dua Tentera Udara.