Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF OFFICERS COMPLETED AIR TRAFFIC CONTROL ON-THE-JOB-TRAINING INSTRUCTOR (OJTI) COURSE

BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 08 March 2025 – Three Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers have completed the Air Traffic Control (ATC) On-The-Job-Training Instructor (OJTI) course, conducted by Clearwisdom Aviation Academy at the Air Traffic Services Centre, Department of Civil Aviation (DCA).

The course aims to enhance the instructional expertise of ATC, enabling them to effectively mentor and evaluate ATC trainees while maintaining the highest standards of safety and operational efficiency. The course concluded with the presentation of certificates by the Head of Air Navigation Services, DCA, to all participants.

Captain (U) Umi Kalthsum binti Hj Awg Ramli attended the first session from 24 February to 01 March 2025, while Captain (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin and Captain (U) Faeiqah Nadzirah binti Awang Yakof attended the second session from 04 to 08 March 2025.

This milestone not only qualifies them to assess RBAirF ATC trainees but also equips them with instructional skills to deliver the highest standard of training. Their success marks a significant step forward in ensuring operational excellence and the continued development of ATC capabilities within the RBAirF, contributing to safer and more efficient skies for Brunei Darussalam.

The RBAirF extends its heartfelt congratulations to the three officers from 37 Squadron for their achievement.


PEGAWAI TUDB TELAH BERJAYA MENAMATKAN KURSUS JURULATIH ON-THE-JOB TRAINING (OJTI) BAGI PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 08 Mac 2025 – Tiga pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah berjaya menamatkan kursus Jurulatih On-The-Job Training (OJTI) bagi Pegawai Kawalan Trafik Udara. Kursus ini telah dijalankan oleh Clearwisdom Aviation Academy bertempat di Pusat Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara (ATSC), Jabatan Penerbangan Awam.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengajaran Kawalan Trafik Udara, membolehkan mereka memberikan bimbingan dan penilaian yang berkesan kepada pelatih Kawalan Trafik Udara sambil mengekalkan piawaian keselamatan dan kecekapan operasi yang tertinggi. Kursus ini berakhir dengan penyampaian sijil oleh Ketua Perkhidmatan Navigasi Udara, Jabatan Penerbangan Awam, kepada semua peserta.

Kapten (U) Umi Kalthsum binti Hj Awg Ramli telah menghadiri sesi pertama yang diadakan dari 24 Februari hingga 01 Mac 2025, manakala Kapten (U) Muhammad Radzi bin Haji Amin dan Kapten (U) Faeiqah Nadzirah binti Awang Yakof, menghadiri sesi kedua dari 04 hingga 08 Mac 2025.

Pencapaian ini bukan sahaja melayakkan mereka untuk menilai pelatih Kawalan Trafik Udara TUDB, malah memberikan mereka kemahiran pengajaran untuk menyampaikan latihan berkualiti tinggi. Kejayaan ini merupakan langkah penting dalam memastikan kecemerlangan operasi dan peningkatan berterusan keupayaan Pegawai Kawalan Trafik Udara dalam TUDB dan seterusnya menyumbang kepada ruang udara yang lebih selamat dan efisien untuk Negara Brunei Darussalam.

TUDB mengucapkan tahniah kepada tiga pegawai dari Skuadron 37 di atas kejayaan mereka.