RIMBA AIR FORCE BASE, Tuesday, 04 March 2025 –- In observance of the holy month of Ramadhan, the Royal Brunei Air Force (RBAirF) held its first series of religious lectures as part of the Ihya Ramadhan 1446 Hijrah programme at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base.
In attendance was Lieutenant Colonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Mertassan, Acting Commander of Support Group, RBAirF. Also present were RBAirF Senior Officers, Officers, RBAirF personnel, and civilian congregants.
The event commenced with the Zuhur prayer, followed by a religious lecture themed
"Ramadhan Teras Ketaqwaan" delivered by Warrant Officer 1 (U) Mohammad Shahrin bin Hj Sharapuddin from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA'AT).
The Ihya Ramadhan and Outreach Programme 1446H/2025M features various religious and community outreach activities, including Sunat Tarawih and Witir prayers, religious lectures,
Tadarus Al-Quran, and cleaning campaigns at mosques and cemeteries throughout the holy month of Ramadhan.


TUDB MENGADAKAN KULIAH ZOHOR BAGI PROGRAM IHYA RAMADHAN 1446 HIJRAH
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Selasa, 04 Mac 2025 - Dalam
menyemarakkan bulan suci Ramadhan, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) mengadakan siri pertama Kuliah Zohor sebagai sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan 1446 Hijrah di Surau Al-Barakah, Pangkalan Udara Rimba.
Hadir pada majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel (U) Pengiran Muhammad Farisan bin Pengiran Haji Mertassan, Pemangku Pemerintah Kumpulan Sokongan, TUDB. Turut hadir ialah Pegawai Kanan TUDB, Pegawai, anggota TUDB serta jemaah awam.
Majlis dimulakan dengan solat Zuhur, diikuti dengan ceramah agama bertemakan
"Ramadhan Teras Ketaqwaan", yang disampaikan oleh PW1 (U) Mohammad Shahrin bin Haji Sharapuddin dari Direktorat Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT).
Program Ihya Ramadhan dan Outreach 1446H/2025M merangkumi pelbagai aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat, termasuk solat Sunat Tarawih dan Witir, ceramah agama,
Tadarus Al-Quran, serta kempen pembersihan di masjid dan tanah perkuburan sepanjang bulan suci Ramadhan.
