Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF MARKS THE 1ST NIGHT OF RAMADHAN 1446H WITH TARAWIH, WITR AND TADARUS AL-QURAN

RIMBA AIR FORCE BASE, Sunday, 01 March 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) commenced the observance of Ramadhan 1446 Hijrah with Terawih and Witir Prayers, followed by a Tadarus Al-Quran session at Surau Al-Barakah, Rimba Air Force Base. The event underscored the RBAirF's dedication to nurturing spiritual fortitude and upholding religious values, fostering a deeper sense of devotion among its personnel and the wider community.

Commander of the RBAirF, Colonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, was in attendance together with Senior Officers, Officers, airmen, airwomen, and civilian congregants, reflecting the strong spirit of unity and shared devotion within the RBAirF community in embracing the sacred month.

The evening commenced with a congregational Isya' prayer, setting a solemn and reflective atmosphere for the night's proceedings. This was followed by the performance of Terawih and Witir prayers, fostering spiritual devotion among the congregants.

The event continued with the officiation of the Tadarus Al-Quran, marking the beginning of the recitation sessions for the blessed month. The night concluded with the Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam and the recitation of Selawat Qiam.

Surau Al-Barakah will continue to serve as a focal point for religious engagement throughout the month, offering a series of spiritual activities open to the public. These include nightly Terawih prayers, communal Tadarus sessions, and Qiamullail, particularly in the last ten nights of Ramadhan. Additionally, a special gathering will be held to commemorate Nuzul Al-Quran, further enriching the religious experience for congregants.

The RBAirF welcomes all congregants to participate in the religious activities at Surau Al-Barakah and encourages the community to embrace the spirit of Ramadhan through devotion, reflection, and a renewed commitment to faith.


MAJLIS PEMBUKAAN SEMBAHYANG SUNAT TERAWIH DAN WITIR SERTA TADARUS AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN 1446H

PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Ahad, 01 March 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) memulakan sambutan bulan Ramadhan 1446 Hijrah dengan Solat Terawih dan Witir, diikuti dengan sesi Tadarus Al-Quran yang diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba. Majlis ini mencerminkan komitmen TUDB dalam memupuk ketahanan rohani serta memperkukuhkan nilai-nilai keagamaan, sekali gus menyemarakkan semangat keimanan dalam kalangan warga TUDB dan masyarakat sekeliling.

Hadir pada majlis tersebut adalah Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud, Pemerintah TUDB berserta Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota lelaki dan wanita TUDB serta jemaah awam, melambangkan semangat perpaduan dan kesungguhan bersama dalam menghayati bulan yang penuh keberkatan ini.

Malam tersebut dimulakan dengan solat fardu Isya' secara berjemaah, mewujudkan suasana yang khusyuk dan penuh penghayatan. Ia diteruskan dengan Solat Terawih dan Witir, yang memperkukuhkan lagi amalan kerohanian dalam kalangan jemaah.

Majlis kemudian diteruskan dengan perasmian Tadarus Al-Quran, menandakan permulaan sesi bacaan Al-Quran sepanjang bulan yang mulia ini. Acara pada malam itu diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta bacaan Selawat Qiam.

Sepanjang bulan suci ini, Surau Al-Barakah akan terus menjadi pusat aktiviti keagamaan dengan pelbagai pengisian yang terbuka kepada orang ramai. Antaranya termasuk solat Terawih setiap malam, sesi Tadarus secara berjemaah, serta Qiamullail yang akan dipergiatkan khususnya dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan. Selain itu, satu majlis 

khas juga akan diadakan bagi memperingati peristiwa Nuzul Al-Quran, memperkayakan lagi pengalaman ibadah dalam bulan yang penuh rahmat ini.

TUDB mengalu-alukan kehadiran para jemaah untuk bersama-sama menyertai aktiviti keagamaan di Surau Al-Barakah dan mengajak seluruh masyarakat agar menghayati semangat Ramadhan melalui ibadah, muhasabah diri, serta pengukuhan ketakwaan kepada Allah SWT.