RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 10 October 2025 – The Royal Brunei Air Force (RBAirF) held a Change of Command Ceremony for the Commander Operations Group (COG) at the RBAirF Headquarters Parade Ground, marking a significant leadership transition within the organisation. The ceremony witnessed the official handover of duties from Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya to Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, effective 10 October 2025.
The ceremony was attended by more than 200 personnel from RBAirF Operations Group. The change of command parade consisting of 68 personnel from Operations Group honours the outgoing COG's service, dedication and contribution during his service whilst also welcoming and inducting the incoming COG symbolizing the transfer of authority and responsibility.
The event began with the recitation of
Surah Al-Fatihah, followed by a parade inspection led by Captain (U) Abdul Qawiy bin Haji Muhd Ya'kub. In his farewell address, Lieutenant Colonel (U) Mohd Hairy Erwandy reflected on his tenure with heartfelt appreciation for the teamwork and dedication demonstrated by his personnel. He expressed his gratitude for the opportunity to serve and urged all members to continue embracing professionalism, discipline, and teamwork, emphasizing the strength of the Operations Group lies not only in its aircraft, but in the unity, integrity, and resilience of its people.
The handover ceremony continued with the signing of the Handover-Takeover Certificate, symbolising the official transfer of command. In his inaugural speech, Lieutenant Colonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi expressed his honour in assuming the new role and extended his appreciation for the trust placed in him. He reaffirmed his commitment to build upon the solid foundation laid by his predecessor, while encouraging his team to remain steadfast in upholding the RBAirF's mission and operational excellence.
The ceremony concluded with a
Doa Selamat led by Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Religious Teacher of the RBAirF, praying for continued blessings and success in the Group's future endeavours. The occasion ended with a group photo session, capturing the spirit of unity, continuity, and service that defines the Royal Brunei Air Force.







MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PEGAWAI PEMERINTAH KUMPULAN GERAKAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 10 Oktober 2025 – Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan di Padang Kawad Ibu Pejabat TUDB, yang menandakan satu peralihan kepimpinan penting dalam organisasi. Majlis ini menyaksikan penyerahan rasmi tugas dan tanggungjawab daripada Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy bin Haji Raya kepada Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi bin Pengiran Mohd Roslan, berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025.
Majlis tersebut dihadiri oleh lebih daripada 200 anggota Kumpulan Gerakan TUDB. Perbarisan Serah Terima Tugas yang melibatkan 68 anggota dari Kumpulan Gerakan diadakan bagi menghargai khidmat, dedikasi, dan sumbangan Pegawai Pemerintah Kumpulan Gerakan yang akan menamatkan perkhidmatannya, serta sebagai simbolik kepada penyerahan tanggungjawab kepada Pegawai Pemerintah baharu.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan pemeriksaan perbarisan yang diketuai oleh Kapten (U) Abdul Qawiy bin Haji Muhd Ya'kub. Dalam ucapan perpisahannya, Leftenan Kolonel (U) Mohd Hairy Erwandy menyatakan penghargaan yang mendalam atas kerjasama dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua anggota di bawah kepimpinannya. Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan untuk berkhidmat, sambil menyeru agar semua anggota terus mengamalkan semangat profesionalisme, disiplin dan kerja berpasukan. Beliau menegaskan bahawa kekuatan sebenar Kumpulan Gerakan bukan sahaja terletak pada keupayaan aset udaranya, tetapi pada kesepaduan, integriti dan ketabahan warganya.
Majlis diteruskan dengan penandatanganan sijil serah terima tugas sebagai simbol rasmi penyerahan tanggungjawab. Dalam ucapan sulungnya, Leftenan Kolonel (U) Pengiran Mohammad Zulhusmi menzahirkan rasa penghargaan dan kebanggaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui Kumpulan Gerakan TUDB. Beliau berikrar untuk meneruskan asas kukuh yang telah dibina oleh pendahulunya, serta menyeru seluruh warga untuk kekal teguh dalam menjunjung misi TUDB dan mengekalkan kecemerlangan operasi.
Majlis diakhiri dengan
bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin, Guru Ugama TUDB, bagi memohon keberkatan dan kejayaan berterusan kepada Kumpulan Operasi TUDB di masa hadapan. Acara diteruskan dengan sesi bergambar beramai-ramai yang menggambarkan semangat perpaduan, kesinambungan dan khidmat bakti yang menjadi tunjang utama Tentera Udara Diraja Brunei.


.jpg)
