Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

TWO RBAIRF OFFICERS COMPLETE THE 1ST ICAO 057 SEARCH AND RESCUE MISSION COORDINATOR COURSE

​Clearwisdom Aviation Academy, Malaysia, Saturday, 11 October 2025 – Two officers Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers, Major (U) Muhammad Ali Saddiqin bin Haji Murni and Lieutenant (U) Muhammad Afiq bin Haji Abdul Rahman, successfully completed the 1st International Civil Aviation Organisation (ICAO) 057 Search and Rescue Mission Coordinator (SARMC) Course held at Clearwisdom Aviation Academy, Malaysia, from 01 September to 11 October 2025.

The six-week programme was designed to enhance participants' knowledge and practical skills in coordinating and managing Search and Rescue (SAR) operations in accordance with the standards set by ICAO and IAMSAR. The course was divided mainly into three key segments.

The first phase focused on understanding SAR organisations and the framework of SAR procedures. The second phase involved sessions with Subject Matter Experts (SMEs) from various domains, including the Malaysian Maritime SAR authority, Strategic Communications and Media professionals, and experienced SAR officers who shared insights from real-world missions. The participants also had the chance to visit Malaysia Maritime Enforcement Agency (MMEA) Headquarters as well as Subang MMEA Air Station to further enhance their understanding of SAR. The final phase concentrated on SAR calculations, maritime plotting mastery, and culminated in Table Top Exercises (TTX) designed to simulate complex SAR scenarios.

The successful completion of this course marks another milestone in strengthening RBAirF's operational readiness and capability in Search and Rescue coordination. The knowledge and expertise gained by the participating officers will further enhance the Royal Brunei Air Force's contribution to national and regional SAR operations, in line with the Royal Brunei Armed Forces' (RBAF) commitment to operational excellence and humanitarian responsibility.


DUA PEGAWAI TUDB BERJAYA MENAMATKAN KURSUS ICAO 057 SEARCH AND RESCUE MISSION COORDINATOR YANG PERTAMA

Clearwisdom Aviation Academy, Malaysia, Sabtu, 11 Oktober 2025 – Dua orang pegawai daripada Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Mejar (U) Muhammad Ali Saddiqin bin Haji Murni dan Leftenan (U) Muhammad Afiq bin Haji Abdul Rahman, telah berjaya menamatkan Kursus International Civil Aviation Organisation (ICAO) 057 Search and Rescue Mission Coordinator (SARMC) yang pertama telah yang diadakan di Clearwisdom Aviation Academy, Malaysia dari 01 September hingga 11 Oktober 2025.

Kursus intensif selama enam minggu ini direka untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal para peserta dalam penyelarasan dan pengurusan operasi Search and Rescue (SAR) selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh ICAO dan International Aeronautical and Maritime Search and Rescue (IAMSAR). Kursus ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama.

Fasa pertama memberi tumpuan kepada pemahaman mengenai organisasi SAR dan rangka kerja prosedur SAR. Fasa kedua melibatkan sesi perkongsian bersama pakar bidang daripada pelbagai agensi termasuk SAR Maritim Malaysia, pakar dalam Komunikasi Strategik dan Media, serta pegawai SAR yang pernah terlibat dalam operasi sebenar. Para peserta juga berpeluang mengunjungi Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Stesen Udara APMM Subang bagi meningkatkan lagi pemahaman mereka terhadap operasi mencari dan menyelamat. Fasa terakhir pula memberi penekanan kepada pengiraan SAR, ujian penguasaan pemetaan maritim, dan diakhiri dengan Table Top Exercises (TTX) yang menggambarkan senario operasi SAR yang kompleks.

Kejayaan menamatkan kursus ini menandakan satu lagi pencapaian dalam memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan keupayaan operasi TUDB dalam penyelarasan operasi Search and Rescue. Pengetahuan dan kepakaran yang diperolehi oleh kedua-dua pegawai ini akan mempertingkatkan lagi sumbangan TUDB terhadap operasi SAR di peringkat kebangsaan dan serantau, sejajar dengan komitmen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam mencapai kecemerlangan operasi dan misi-misi kemanusiaan.