Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF COMMENCE TADARUS AL-QUR'AN FOR MONTH OF RAMADAN 1442H

Rimba Air Base, Monday, 12 April 2021 – RBAirF commence the Tadarus Al-Qur'an in conjunction with the holy month of Ramadan 1442H. The religious function was held at Surau Al-Barakah, Rimba Air Base.

Present at the ceremony was Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Commander of RBAirF. Also present were RBAirF Board of Executive, Senior Officers, Officers and Airmen.

The ceremony began with a Tazkirah delivered by Warrant Officer 2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar followed by a recitation of Surah Al-Fatihah led by the Commander of RBAirF which marks the commencement of the Tadarus Al-Qur'an. The ceremony continued with the recitation of verses from the Al-Qur'an by the congregates. The ceremony concluded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam led by Imam Muhammad Hazman bin Haji Muhammad Hairol Azme.

Besides enlivening the month of Ramadan, the ceremony was also meant to instill the spirit of reciting and appreciating Al-Quran among personnel within RBAirF.

Similar functions also took place at all RBAF suraus.

 


TUDB MULAKAN TADARUS AL-QUR'AN BERSEMPENA BULAN RAMADAN 1442H

Pangkalan Tentera Udara Rimba, Isnin, 12 April 2021 - TUDB telah mengadakan Majlis Pembukaan Tadarus Al-Qur'an sempena bulan Ramadan 1442H bertempat di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba.

Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Pemerintah TUDB. Turut hadir ialah Badan Eksekutif TUDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan Anggota TUDB.

Majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Waran 2 Haji Shaipin bin Haji Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pemerintah TUDB yang menandakan bermulanya bacaan tadarus Al-Qur'an dan diikuti dengan bacaan surah dari Al-Qur'an oleh para jemaah yang hadir. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Imam Muhammad Hazman bin Haji Muhammad Hairol Azme.

Selain untuk meraikan malam pertama bulan Ramadan, majlis ini juga bertujuan untuk memartabatkan pembacaan dan penghayatan Al-Qur'an di kalangan anggota TUDB.

Majlis yang sama turut diadakan di kesemua surau ABDB.