Skip Ribbon Commands
Skip to main content
MINISTRY OF DEFENCE AND RBAF DELEGATION HELD RELIGIOUS ACTIVITIES UNDER THE IHYA RAMADHAN PROGRAMME AT BELAIT DISTRICT

BELAIT, Friday, 16 April 2021 – To reap the benefits of the holy month of Ramadhan 1442H, the Ministry of Defence (MINDEF) and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) like previous years under the Ihya Ramadhan and Outreach Programme, is conducting a series of religious activities in all four districts with the aim to further strengthen the bond between MINDEF and RBAF and especially the rural community.

On Friday, the Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) and RBAF Religious Department (JAMA’AT) jointly organised a programme at Kampung Melilas, Belait District. The programme preceded by a stopover at Balai Ibadat Kampung Merangking for a Fardhu Asar prayer.

At Kampung Melilas, the programme started with the recitation of Surah Yasin and Tahlil, breaking of fast and performing Fardhu Maghrib prayers at Balai Ibadat Kampung Melilas. This was followed by a doa selamat and dinner with the community at the Julangan Titah Rumah Panjang Melilas. The programme later continued with Fardhu Isya, Sunat Tarawih and Witir Prayers and tadarus Al-Quran.

Invited to the programme were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II, Commander of the RBAF and RBLF, Permanent Secretary, Deputy Permanent Secretaries and senior MINDEF and RBAF officers.





DELEGASI KEMENTERIAN PERTAHANAN DAN ABDB ADAKAN KEGIATAN PENGIMARAHAN MASJID DI BAWAH PROGRAM IHYA RAMADHAN DI DAERAH BELAIT

BELAIT, Jumaat, 16 April 2021 – Bagi meraih manfaat dan pahala yang berlipat ganda di bulan suci Ramadhan 1442H, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) seperti tahun-tahun sebelumnya di bawah Program Ihya Ramadhan dan Program Jangkauan menjalankan siri aktiviti-aktiviti keugamaan di keempat-empat buah daerah dengan tujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara Kementerian Pertahanan dan ABDB terutama dengan penduduk kampung dan masyarakat pendalaman.

Pada hari Jumaat, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dan Jabatan Agama ABDB (JAMA’AT) bersama-sama menganjurkan sebuah program di Kampung Melilas, Daerah Belait. Program didahului dengan persinggahan ke Balai Ibadat Kampung Merangking untuk menunaikan Sembahyang Fardhu Asar.

Di Kampung Melilas, program dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan Tahlil, berbuka puasa dan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah di Balai Ibadat Kampung Melilas. Ini diikuti dengan doa selamat dan jamuan malam bersama masyarakat di Julangan Titah Rumah Panjang Melilas. Program kemudian diteruskan dengan sembahyang Fardhu Isya berjemaah, Sunat Tarawih dan Witir dan tadarus Al-Quran.

Dijemput hadir ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua, Pemerintah ABDB dan TDDB, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan dan ABDB. 


Attachments