Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM GRANTS RANK INSIGNIA OF SUBSTANTIVE MAJOR TO HIS ROYAL HIGHNESS 920 CAPTAIN (UDARA) PRINCE ‘ABDUL MATEEN

BOLKIAH GARRISON, Thursday, 20 May 2021 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam this morning attended a ceremony to present the rank insignia to His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince ‘Abdul Mateen, who was promoted to Substantive Major. The promotion ceremony took place at the Bolkiah Garrison Officers’ Mess. 

Accompanying His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam was His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office.

Upon arrival, His Majesty was greeted by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Minister of Defence II and Major General (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

His Majesty was then accorded a Royal Salute and inspected a guard of honour mounted by personnel from the Royal Brunei Land Force. Once at the Officers’ Mess, His Majesty placed the Major rank insignia to His Royal Highness 920 Captain (Udara) Prince ‘Abdul Mateen. The promotion took effect from 20 May 2021.

At the same promotion ceremony, His Majesty also conferred ranks to twenty-six senior officers of the RBAF.

A prayer to bless the event was read by the Head of RBAF Religious Department, Commander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, RBN.

His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen has been an outstanding military officer possessing high caliber, courage and able to obtain significant achievements since his commission as a military officer from the Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. 

His Royal Highness joined the Single Engine Rotary Wing (SERW) Flying Training at Royal Air Force (RAF) Shawbury, United Kingdom in September 2017 and received his RAF Wings on 29 March 2018. On 1 July 2018, His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam awarded the Royal Brunei Air Force Wings to His Royal Highness during the RBAF 57th Anniversary celebration. Currently, His Royal Highness is a qualified pilot to operate the S70i Blackhawk both day and night. 

His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen officially became a member of the Special Forces Regiment on 28 October 2019. In 2019, His Royal Highness underwent the Basic Airborne Static Line and Military Freefall Basic Training which qualified him to perform jumps from aircraft. 

His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen’s career in the RBAF continued to progress steadily, which includes an excellent result with a score of 100% during the Individual Fitness Assessment (IFA) Series 1/2020 for the Captain to Major Promotion Examination under the Special to Service (Aircrew) category on 28 July 2020.

His Majesty, His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah and His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince ‘Abdul Mateen then proceeded to a light refreshment followed by signing of the Royal Parchment. 

To end the ceremony, His Majesty and Their Royal Highnesses took a group photo with members of the Defence Executive Committee, Service Commanders, Joint Force Commander and the newly-promoted senior officers.









KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENGURNIAKAN PANGKAT MEJAR TETAP KEPADA DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI 920 KAPTEN (UDARA) PENGIRAN MUDA ’ABDUL MATEEN

BOLKIAH GARISON, Khamis, 20 Mei 2021 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pagi ini berkenan mengurniakan lencana pangkat kepada Paduka Anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ’Abdul Mateen yang telah dinaikkan ke pangkat Mejar Tetap. Majlis Kenaikan Pangkat tersebut telah berlangsung di Mes Pegawai Bolkiah Garison. 

Turut berangkat ialah Paduka Anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Ketibaan Baginda dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri Pertahanan Kedua (II) dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri dari anggota Tentera Darat Diraja Brunei.

Sejurus tiba di Mes Pegawai Bolkiah Garison, Baginda berkenan mengurniakan lencana pangkat kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (Udara) Pengiran Muda ’Abdul Mateen. Kenaikan pangkat ini telah berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021.

Di majlis yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga berkenan untuk mengurniakan pangkat kepada dua puluh enam orang pegawai kanan ABDB. 

Doa selamat dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei. 

Duli Yang Teramat Mulia 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen merupakan seorang pegawai tentera yang berkaliber tinggi serta memiliki sifat berani dan telah berjaya meraih beberapa pencapaian yang signifikan semenjak Duli Yang Teramat Mulia lulus mengikuti kursus pegawai kadet dengan cemerlang di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom. 

Duli Yang Teramat Mulia menjalani Latihan Penerbangan Single Engine Rotary Wing (SERW) di Royal Air Force (RAF) Shawbury, United Kingdom pada bulan September 2017 dan telah menerima lencana juruterbang RAF pada 29 Mac 2018. Kemudian pada 1 Julai 2018, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menganugerahkan lencana juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei kepada Duli Yang Teramat Mulia semasa Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-57. Pada masa ini, Duli Yang Teramat Mulia telahpun lulus mencapai taraf kategori yang berkelayakan untuk menerbangkan pesawat S70i Blackhawk pada waktu siang dan malam.  

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen menjadi anggota Rejimen Pasukan Khas secara rasmi pada 28 Oktober 2019. Pada tahun 2019, Duli Yang Teramat Mulia telah mengikuti Kursus Asas Airborne Static Line dan Free Fall yang melayakkan Duli Yang Teramat Mulia untuk melakukan penerjunan dari pesawat. 

Perkembangan kerjaya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen di dalam ABDB terus melangkah maju di mana Duli Yang Teramat Mulia juga mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat markah penuh 100% semasa menjalani Ujian Penilaian Kecergasan Individu Siri 1/2020 bagi Peperiksaan Kenaikan Pangkat Kapten ke Mejar bagi Special to Service (Aircrew) pada 28 Julai 2020.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen kemudiannya dijunjung untuk menikmati santap ringan bersama pegawai-pegawai kanan ABDB yang dinaikkan pangkat.   Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai kenangan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Pemerintah Angkatan Bersama dan para pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.


Attachments