TANAH JAMBU, Wednesday, 25 September 2024 – The Ministry of Defence held a briefing on Instilling Integrity in the Workplace for officers of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at the Auditorium Hall, Defence Academy (DA) RBAF.
The briefing, which was organised by PRIHATIN Centre, Directorate of Personnel, Ministry of Defence, was attended by Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Services Commanders, Acting Service Commander and Acting Joint Force Commander, Senior officers, and officers of the RBAF.
A total of 326 RBAF officers attended the briefing, which was delivered by officers from the Anti-Corruption Bureau. The briefing aimed to enhance understanding and raise awareness of workplace corruption under the Prevention of Corruption Act 131. Additionally, the briefing serves to instill integrity among RBAF officers and foster a positive work environment free from corruption and abuse of power.
TAKLIMAT PENERAPAN INTEGRITI DI TEMPAT KERJA BAGI PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
TANAH JAMBU, Rabu, 25 September 2024 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Taklimat Penerapan Integriti di Tempat Kerja bagi pegawai-pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bertempat di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan (AP) ABDB.
Taklimat yang dianjurkan oleh Pusat PRIHATIN, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, telah dihadiri oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah-Angkatan Tentera dan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai- pegawai ABDB.
Seramai 326 orang pegawai ABDB telah menghadiri taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh Pegawai-pegawai daripada Biro Mencegah Rasuah. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan meningkatkan kesedaran tentang rasuah di tempat kerja di bawah Akta Pencegahan Rasuah 131. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan untuk menyemai integriti di kalangan Pegawai-pegawai ABDB dan memupuk persekitaran kerja yang positif bebas daripada rasuah dan salah guna kuasa.