Skip Ribbon Commands
Skip to main content
HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM LAUNCHES DEFENCE WHITE PAPER 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 31 May 2021 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, this morning launched Brunei Darussalam’s Defence White Paper 2021 (DWP 2021) in conjunction with the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Diamond Jubilee Celebration, which took place at the Brunei Arts and Handicraft Training Centre in Bandar Seri Begawan.

Also present at the launching ceremony were His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office and His Royal Highness 920 Major (Udara) Prince 'Abdul Mateen.

Titled “Defending the Nation’s Sovereignty: A Secure and Resilient Future”, DWP 2021 represents the latest comprehensive examination of how the Ministry of Defence and RBAF must adapt to continue in defending the nation, its sovereignty and territorial integrity into the future within the contours of an increasingly challenging contemporary security landscape, in line with the country’s broader national security effort. 

DWP 2021 is Brunei Darussalam’s fourth Defence White Paper, building on the strengths of the inaugural Defence White Paper in 2004 and subsequent papers in 2007 and 2011.

A copy of DWP 2021 can be found here.






KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MELANCARKAN KERTAS PUTIH PERTAHANAN 2021

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 31 Mei 2021 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan melancarkan Kertas Putih Pertahanan 2021 (KPP 2021) Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Bandar Seri Begawan.

Turut berangkat semasa majlis pelancaran tersebut ialah paduka-paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Bertajuk “Defending the Nation’s Sovereignty: A Secure and Resilient Future”, KPP 2021 menggariskan hala tuju rancangan strategik pertahanan negara yang komprehensif dan terkini dalam terus mempertahankan kedaulatan negara dalam konteks persekitaran keselamatan yang kian mencabar, selari dengan usaha-usaha yang lebih meluas ke arah mempertingkatkan keselamatan negara (national security) pada peringkat nasional.

KPP 2021 merupakan Kertas Putih Pertahanan Negara Brunei Darussalam yang keempat, yang mana ianya merupakan kesinambungan daripada Kertas-Kertas Putih Pertahanan yang telah diterbitkan sebelum ini pada tahun 2004, 2007 dan 2011. 

KPP 2021 boleh didapati di sini.



Attachments