Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RBAF COMMANDER RECEIVES A FAREWELL CALL FROM THE AMBASSADOR OF THE REPUBLIC OF FRANCE TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Monday, 25 October 2021 - Major General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), received a farewell call from His Excellency Christian Ramage, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Republic of France to Brunei Darussalam today.

Also present during the call were the Chief of Staff RBAF and Director of Intelligence.

During the call, both sides acknowledged that Brunei Darussalam and France shared close bilateral relations in various fields and hoped both armed forces would continue to work together to enhance both countries' existing bilateral ties. The Commander RBAF then expressed appreciation for his contributions throughout his tenure here in Brunei and wished him all the best in his future endeavours.

His Excellency Christian Ramage was appointed as the Ambassador of the Republic of France to Brunei Darussalam in January 2018. 



PEMERINTAH ABDB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA DUTA BESAR NEGARA PERANCIS KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BOLKIAH GARISON, Isnin, 25 Oktober 2021 – Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menerima kunjungan perpisahan daripada Tuan Yang Terutama Christian Ramage, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini. 

Turut hadir semasa kunjungan hormat tersebut adalah Ketua Staf ABDB dan Pengarah Perisik.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak mengakui bahawa Negara Brunei Darussalam dan Negara Perancis berkongsi hubungan dua hala yang rapat di dalam pelbagai bidang, dan berharap agar kedua-dua angkatan tentera akan terus bekerjasama rapat dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan dua hala yang sedia ada di antara kedua-dua buah negara. Pemerintah ABDB kemudiannya menzahirkan penghargaannya di atas sumbangan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatannya di Negara Brunei Darussalam dan kemudiannya mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan. 

Tuan Yang Terutama Christian Ramage telah dilantik sebagai Duta Besar Negara Perancis ke Negara Brunei Darussalam sejak bulan Januari 2018.


Attachments