
BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 23 January 2026 – The Ministry of Defence held an Isra’ and Mi’raj Celebration Ceremony for the year 1447 Hijrah at
Masjid Kampong Belimbing, Subok.
Present at the ceremony were Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and the Minister of Defence II; members of the Defence Executive Committee, Commander of the Royal Brunei Navy, senior officers and personnel of the Ministry of Defence.
The ceremony commenced with the mass
Subuh prayer, followed by a
kuliah subuh (lecture) entitled “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang” (Prayer as the Foundation of Human Excellence), delivered by Yang Mulia Ustaz Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, Special Duties Officer Grade II, RBAF Religious Directorate
(JAMA’AT). The program continued with the recitation of the Al-Quran,
Sunat Isyraq prayer,
Sunat Hajat prayer and
Sunat Duha prayer as well as a Special
Doa Selamat for Well-being of
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam led by Yang Mulia Imam Pengiran Haji Muhammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar, Chief Imam of
Masjid Kampong Belimbing, Subok.
Among the highlights of the ceremony were the presentation of the RBAF
Infaq Fund Donation to 22 orphans from Kampong Belimbing and Kampong Subok by Yang Berhormat Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, as well as the handover of a waqf in the form of a mortuary bathing unit from
Masjid Kampong Belimbing, Subok, to the RBAF, which will be kept at the Mortuary Room of
Surau Al-Quwwah, Bangar Camp.
Also invited as special guests at the ceremony were Members of the Legislative Council, Acting Secretary of the Religious Council, the Deputy Permanent Secretary of the Ministry of Finance and Economy, Acting Brunei-Muara District Officer, as well as other invited guests.
The celebration was also held simultaneously at all suraus within the RBAF camps, including
Masjid Pulau Baru-Baru.











Surau Ad Difa', Bolkiah Garison

Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison

Surau Al-Huda, Tentera Laut Diraja Brunei

Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara, Rimba

Surau Al-Hikmah Penanjong Garison

Masjid Kampong Pulau Baru-Baru

Surau Rejinen Pengawal Diraja, Sg Akar
MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1447H PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN
Bandar Seri Begawan, Jumaat, 23 Januari 2026 – Kementerian Pertahanan telah mengadakan Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj bagi tahun 1447 Hijrah di Masjid Kampong Belimbing, Subok pada hari ini.
Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Pegawai-Pegawai Kanan dan warga Kementerian Pertahanan.
Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardhu Subuh berjemaah, diikuti kuliah subuh bertajuk “Sembahyang Modal Teras Insan Cemerlang” yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Rif’at Atiyah bin Anwari, Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT ABDB). Program diteruskan dengan bacaan tadarus Al-Quran, solat Sunat Isyraq, solat Sunat Hajat dan solat Sunat Duha serta bacaan Doa Selamat dan Kesyukuran Khas
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Yang Mulia Imam Pengiran Haji Muhammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar, Ketua Imam Masjid Kampong Belimbing, Subok.
Antara perisian majlis ini ialah penyampaian Derma Tabung Infaq ABDB kepada 22 orang anak yatim dari Kampong Belimbing dan Kampong Subok oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, serta penyerahan wakaf satu set tempat pemandian jenazah daripada Masjid Kampong Belimbing, Subok kepada pihak ABDB yang mana akan di simpan di Bilik Jenazah, Surau Al Quwwah, Perkhemahan Bangar.
Turut diundang sebagai jemputan khas di majlis ini ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Pemangku Setiausaha Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, serta jemputan-jemputan yang lain.
Majlis Sambutan Isra’ dan Mi’raj ini turut dilaksanakan secara serentak di kesemua surau Perkhemahan ABDB, termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.