Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History
MINISTER OF DEFENCE II RECEIVES INTRODUCTORY CALL FROM THE AMBASSADOR EXTRAORDINARY AND PLENIPOTENTIARY OF THE DEMOCRATIC REPUBLIC OF TIMOR-LESTE TO BRUNEI DARUSSALAM


BOLKIAH GARRISON, Thursday, 2 December 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II received an introductory call from His Excellency Abel Guterres, Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary of the Democratic Republic of Timor-Leste to Brunei Darussalam today.


During the call, Yang Berhormat Minister of Defence II congratulated His Excellency on his new appointment. Both sides reaffirmed the warm and friendly relations between Brunei Darussalam and Democratic Republic of Timor-Leste and welcomed efforts to explore areas of cooperation, especially in the field of defence. 


His Excellency Abel Guterres presented his Letter of Credence to His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam on 11 October 2021.





MENTERI PERTAHANAN KEDUA TERIMA KUNJUNGAN PENGENALAN DARIPADA DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK REPUBLIK DEMOKRATIK TIMOR-LESTE KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 


BOLKIAH GARISON, Khamis, 2 Disember 2021 – Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua telah menerima kunjungan pengenalan daripada Tuan Yang Terutama Abel Guterres, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam pada hari ini.


Semasa kunjungan tersebut, Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama atas pelantikan jawatan baharu beliau. Kedua-dua belah pihak mengesahkan hubungan yang baik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Timor-Leste dan menyambut baik ke arah usaha-usaha untuk menerokai bidang kerjasama terutama dalam bidang pertahanan.


Tuan Yang Terutama Abel Guterres telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 11 Oktober 2021.


Attachments