Skip Ribbon Commands
Skip to main content
RSS ENDEAVOUR OF THE REPUBLIC SINGAPORE NAVY CONDUCTS PASSAGE EXERCISE WITH KDB DARUTTAQWA


BRUNEI DARUSSALAM, Saturday, 15 January 2022 – RSS ENDEAVOUR of the Republic Singapore Navy (RSN) has successfully conducted a Passage Exercise (PASSEX) with the Royal Brunei Navy’s (RBN) KDB DARUTTAQWA today as she transits through Brunei Darussalam’s waters whilst hosting the Midshipmen Sea Training Deployment (MSTD).


All planning and coordination meetings for the PASSEX was conducted virtually while its execution was conducted without physical interaction between the two ships in line with COVID-19 guidelines from the Prime Minister’s Office and Ministry of Health. 


During the PASSEX, both ships conducted a series of communications and manoeuvring exercises as a sign of continued longstanding friendship between the RBN and the RSN. This was followed by a goodbye pass, which included ‘piping the side and lining the deck’ to bid farewell and show gratitude for their excellent friendship to conclude the ceremony.


The PASSEX provides an opportunity for all crew and officers from both navies to practice and enhances their drills whilst performing the serials. Both captains expressed gratitude and fulfilment with the exercises and look forward to more opportunities to strengthen naval ties in the future.


The RBN remains committed to maintaining close ties with the RSN and exploring avenues to build capacity towards the goal of cooperation at sea. The RBN wishes RSS ENDEAVOUR fair winds and following seas back home to the Republic of Singapore.



Flag Hoist Communications exercise during PASSEX between KDB DARUTTAQWA and RSS ENDEAVOUR.





RSS ENDEAVOUR TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPORE JALANKAN PASSAGE EXERCISE BERSAMA KDB DARUTTAQWA


BRUNEI DARUSSALAM, Sabtu, 15 Januari 2022 – RSS ENDEAVOR Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) telah berjaya menjalankan Passage Exercise (PASSEX) bersama KDB DARUTTAQWA Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) pada hari ini ketika berada di perairan Brunei Darussalam sambil menjalankan Midshipmen Sea Training Deployment (MSTD). 


Semua mesyuarat perancangan dan penyelarasan bagi PASSEX telah dijalankan secara dalam talian manakala perlaksanaan PASSEX telah pun dikendalikan tanpa interaksi fizikal di antara kedua-dua kapal selaras dengan garis pandu COVID-19 daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan.


Semasa PASSEX, kedua-dua kapal menjalankan beberapa siri komunikasi dan latihan manuver sebagai tanda persahabatan yang telah lama terjalin antara TLDB dan TLRS. Ini diikuti dengan farewell pass di mana kedua-dua angkatan laut mengambil bahagian dalam upacara piping the side dan berbaris di sisi kapal untuk mengucapkan selamat tinggal serta merakamkan penghargaan atas persahabatan yang baik antara kedua-dua tentera laut bagi mengakhiri acara tersebut.


PASSEX memberi peluang kepada semua anak kapal dan pegawai-pegawai dari kedua-dua angkatan laut untuk berlatih dan meningkatkan keupayaan mereka semasa melakukan siri latihan. Kedua-dua Pegawai Pemerintah melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan latihan tersebut dan mengharapkan lebih banyak peluang untuk mengeratkan hubungan tentera laut pada masa hadapan.


TLDB kekal komited dalam mengekalkan persahabatan yang erat dengan TLRS dan menjelajahi peluang membina kapasiti ke arah matlamat kerjasama di laut. TLDB mendoakan perjalanan yang lancar bagi RSS ENDEAVOUR pulang ke Republik Singapura.



Attachments