HAWAII, UNITED STATES OF AMERICA, Thursday, 25 August 2022 – The 17th ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Maritime Security (ADMM-Plus EWG MS) was held from 22–25 August 2022, at the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies in Hawaii, United States of America.
Representing the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) were Commander Haji Edy Jofren bin PDP DP Colonel (R) Haji Abdul Jalil, RBN from the Joint Force Headquarters (JFHQ) and Lieutenant Commander Abu Qusyairi bin Haji Yacob, RBN from the Royal Brunei Navy (RBN). All ten ASEAN member states and eight Plus-countries were represented in the meeting, with 71 attendees comprising 34 in-person and 37 virtual participants.
With the theme "Strengthening Maritime Security Cooperation for Sustainable Development of ASEAN Member States' Economies", a keynote address was delivered by Major General Chris McPhillips, who emphasised the significance of ASEAN in the Pacific region and the competitive trade within the Indo-Pacific Region. He concluded by underlining the importance of practical cooperation towards expanding the comprehensive strategic partnership through resilience in pursuit of a free and open Indo-Pacific. Also present as a guest speaker was Admiral Samuel Paparo, Commander of the US Pacific Fleet, who delivered a presentation on "Security and stability in the Indo-Pacific". The meeting also discussed the Maritime Security Roadmap Development 2040 and Final Planning Conference (FPC) on Maritime Security Exercise, which aims to increase interoperability and confidence-building among members. The Royal Thailand Navy also convened the FPC for the next Table-top Exercise (TTX) and 18th ADMM-Plus EWG MS, which will be conducted in Bangkok, Thailand, from February 20th to 24th, 2023.
The ADMM-Plus EWG on MS is a platform under the auspices of the ADMM that explores areas of maritime security cooperation to address the challenges related to climate change and sea-level rise.
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI MENYERTAI MESYUARAT MENTERI-MENTERI PERTAHANAN ASEAN-PLUS KUMPULAN KERJA PAKAR BAGI KESELAMATAN MARITIM
KE-17
HAWAII, AMERIKA SYARIKAT, Khamis, 25 OGOS 2022 – Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Kumpulan Kerja Pakar bagi Keselamatan Maritim (ADMM-Plus EWG MS) ke-17 telah diadakan dari 22 hingga 25 Ogos 2022, di Daniel K.Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies, Hawaii, Amerika Syarikat.
Hadir mewakili Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah Komander Haji Edy Jofren bin PDP DP Kolonel (B) Haji Abdul Jalil, TLDB daripada Markas Angkatan Bersama (MAB) dan Leftenan Komander Abu Qusyairi bin Haji Yacob, TLDB daripada Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). Turut hadir ke mesyuarat tersebut adalah kesemua sepuluh buah negara ahli ASEAN dan lapan negara Plus, dengan jumlah 71 orang peserta yang terdiri daripada 34 orang peserta hadir secara bersemuka dan 37 orang peserta hadir secara dalam talian.
Dengan tema “Strengthening Maritime Security Cooperation for Sustainable Development of ASEAN Member States’ Economies”, ucaptama telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Chris McPhillips yang menekankan kepentingan ASEAN di rantau Pasifik serta perdagangan yang kompetitif dalam Wilayah Indo-Pasifik. Beliau menyimpulkan dengan menggariskan kepentingan kerjasama praktikal ke arah mengembangkan perkongsian strategik yang komprehensif melalui daya tahan dalam mengejar Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka. Turut hadir sebagai penceramah jemputan ialah Laksamana Samuel Paparo, Komander Armada Pasifik AS, yang menyampaikan pembentangan mengenai “Security and Stability in the Indo-Pacific”. Mesyuarat tersebut turut membincangkan Pembangunan Pelan Hala Tuju Keselamatan Maritim 2040 dan Persidangan Perancangan Akhir (FPC) mengenai Latihan Keselamatan Maritim, yang kedua-duanya bertujuan untuk meningkatkan interoperability dan membina keyakinan di kalangan ahli. Tentera Laut Diraja Thailand juga telah mengadakan FPC untuk tatacara table-top exercise (TTX) dan ADMM-Plus EWG MS ke-18, yang akan dijalankan di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 24 Februari 2023.
ADMM-Plus EWG-MS adalah platform di bawah naungan ADMM yang meneroka bidang kerjasama keselamatan maritim untuk menangani cabaran berkaitan perubahan iklim dan kenaikan paras laut.